Memaparkan catatan dengan label Aktivi GANTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktivi GANTI. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mei 2014

Tetap laksana, k'jaan BN tak peduli bantahan GST

KUALA LUMPUR: Biarpun lebih 50,000 rakyat menghadiri himpunan membantah perlaksanaan  Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara semalam, kerajaan tetap bertegas tetap melaksanakan cukai itu pada April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan telah membuat persiapan lebih 30 tahun untuk perlaksanaan itu.



Malah kata beliau, 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Beliau juga menyelar himpunan rakyat semalam yang disifatkan sebagai bertujuan mempolitikkan 'perkara baik' yang kerajaan mahu laksanakan.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya. - HARAKAHDALY 2/5/2014

Cukai Pintu: Penduduk perlu bantah secara bertulis

KUALA TERENGGANU: Semua penduduk terbabit dengan notis permbaharuan cukai pintu bangunan dan rumah kediaman diminta membuat bantahan bertulis kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada atau sebelum 2 Jun ini kerana nilaian dibuat naik mendadak sehingga 600 peratus.

Serentak itu Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) meminta mereka terbabit menyerahkan salinan notis kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu untuk tindakan selanjutnya.

Presiden GANTI, Haji Ahmad Amzad Hashim (Gambar) dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini berkata, pertubuhan itu akan menyelaraskan tindakan bersama dengan pelbagai NGO lain bagi membangkitkan masalah ini secara kolektif.

“Kami akan mengaturkan Kaunter atau Meja Pengumpulan Bantahan Taksiran Semula Cukai Pintu MBKT di setiap Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Katanya, dalam tinjauan badan itu di Kampung Durian Burung sebagai contoh, telah ramai yang menerima notis serupa.

“Ada yang asal dulu kadar cukai pintu RM120 setahun, sekarang sudah meningkat luar biasa kepada RM768.00 dan Ini bererti kenaikannya adalah sebanyak 600 peratus” katanya.

Menurut beliau badan itu akan berikhtiar untuk membuat bantahan secara kolektif selepas semua prosedur bantahan individu secara bertulis telah dibuat oleh mereka berkenaan.

Mereka terbabit katanya perlu menubuhkan jawatankauas bertindak bagi mengurus berkaitan bantahan takrif baru cukai pintu tersebut di peringkat kampung masing-masing.




Sementar itu Haji Ahmad Amzad berkata, pada Forum Kos Sara Hidup anjuran Sukarelawan Pendidikan Rakyat Terengganu (KAWAN) yang diadakan di sini 26 April lalu, beberapa peserta telah membangkitkan kenaikan luar biasa taksiran cukai berkenaan di daerah tersebut tanpa diketahui sebabnya.

Katanya, ada di antara mereka yang sebelum ini membayar cukai sekitar RM100 setahun telah menerima taksiran baharu melalui Notis Semakan Senarai Nilaian dibuat oleh MBKT dengan kadar kenaikan sehingga RM600.

Sementara itu, di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), MBKT telah mengeluarkan Senarai Nilaian Baru 2015 di bawah Seksyen 141 (3) dan 142 (1) menyatakan bahawa majlis itu telah mengeluarkan nilaian tersebut dan semakannya boleh dibuat 15 Jun ini.

Menurut kenyataan majlis itu seseorang yang terkilan terhadap senarai nialian itu boleh membuat bantahan kepada Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang pada atau sebelum 2 Jun ini atas mana-mana daripada lima alasan termasuk bahawa sesuatu pegangan yang baginya dia dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan bayaran.

Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar, bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam senarai nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya dan bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar.

Atau bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

Rabu, 12 Februari 2014

GANTI dan TURUN sepakat Kempen Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat

Kenyataan Media.

Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) hari ini 11hb Februari 2014 bertempat di Kuala Terengganu telah menerima kunjungan oleh Pengarah Operasi Pusat Sekretariat Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat (TURUN), Saudara Mohd Faiz Ismail dan aktivis media dsn sosial Sdra Solahuddin Al Idrus. 




Pertemuan ini telah juga mendapat perhatian Pengerusi Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali yang meluangkan masa untuk turut serta.

GANTI ingin menegaskan pendirian untuk mendokong dan menyokong gerakan rakyat untuk menuntut Kerajaan mengambil segala langkah yg perlu bagi meringankan beban kenaikan kos sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Atas dasar matlamat dan perjuangan yg dikongsi bersama dgn TURUN di peringkat Pusat, GANTI akan bersama2 dgn Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu meningkatkan tekanan dan gerakan rakyat menuntut perubahan dalam dasar dasar kerajaan yg menjadi pencetus kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat.

Isu ini InsyaAllah akan juga dibangkitkan dalam Majlis Dialog NGO anjuran Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat yang akan berlangsung pada 14hb Februari 2014 melibatkan lebih 40 NGO2 seluruh negeri Terengganu.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Ahad, 26 Januari 2014

Perkembangan Semasa GANTI

Assalamualaikum Wrt Wb kepada semua ahli-ahli GANTI yang baru dan yang bersama sejak dari mula.
Kepada yang baru berkenalan selamat datang. Kita sedang berusaha keras merealisasikan agenda yang kita gariskan bersama dalam falsafah perjuangan GANTI selaku pergerakan amar makruf nahi mungkar yang cuba bawa perubahan.

Selain melalui alam maya facebook ini, GANTI bergerak cergas di alam nyata melalui penglibatan aktif dipelbagai pentas masyarakat berkait isu-isu menyentuh kepentingan rakyat termasuklah Bela Usahawan Melayu, Bantahan Kenaikan Kos Sara Hidup, Muafakat Tangani Permasalahan Rempit, Penyaluran pelbagai khidmat dan bantuan kemasyarakatan, menyampaikan mesej-mesej mengajak kembali kepada jalan perjuangan yang ditunjuk oleh Nabi kita Rasululullah s.a.w.

Aktiviti GANTI diupdate setiap hari melalui Blogspot GANTI di alamat berikut yang mempunyai pelbagai capaian lain yang menarik untuk diikuti. : http://ganti-trg.blogspot.com/

GANTI sendiri dalam proses pendaftaran rasmi di Pendaftar Pertubuhan dan masih diperingkat Jawatankuasa Penajaan.

sekalipun begitu tidak menghalang kami menjalankan pelbagai aktiviti bantuan yang sudah bernilai lebih RM20,000, pengedaran T Shirt GANTI dgn stok bernilai sehingga RM36,000.00, edaran pelbagai jenis sticker GANTI dgn jualan RM2.00 sekeping sebagai punca dana untuk aktiviti GANTI dan juga risalan bulanan SERUAN GANTI dengan cetakan 10,000 naskhah setiap bulan.

Semoga usaha baik ini mendapat sokongan berterusan melalui penglibatan berkualiti tuan-tuan dan puan melalui posting, komen yang bernas dan jauhilah penggunaan bahasa yang keterlaluan yang akan dipantau oleh para admin kami.

Saya menyeru agar setiap ahli membantu kami dengan menambah lebih ramai fb friends masing2 dgn invite friends. Mungkin setiap orang dalam 20 orang. Ini akan sangat membantu gerakerja kita menjadi lebih berkesan untuk kebaikan semua.
Sekian dengan hormatnya dan terima kasih.
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Isnin, 20 Januari 2014

Nasib Usahawan Melayu Terengganu

Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Melayu paling ramai di Terengganu. Kontraktor Melayu pun paling ramai di Terengganu. Parti yg memerintah UMNO. Tempat pusat org melayu berniaga satu persatu dibubar.

Yang berniaga supermarket dan kedai runcit sengaja dibawa masuk hyper market banyak2 dgn jarak yg rapat antara satu sama lain. Beratus kedai runcit melayu gulung tikar hidup segan mati tak mahu. Tshop 24 jam di serang rangkaian 7 eleven yang tumbuh mcm cendawan. Rangkaian kedai TUKAR bawah kementerian yg berkenaan pun sama, merana di paksa beli dari satu ‘supplier’ saja (Cina).
Industri kapal pasaran ratusan juta milik org melayu sejak nenek moyang kita bakal bubar sebab kerajaan Terengganu sedang timbus muara sungai dan nak bina jambatan merentang sungai.
KSaya ingat kalau petroleum dan gas itu bukan dari Terengganu, mungkin di Johor atau Selangor, pertamanya saya pasti bukan main berkeras pertahankan hak royalti. Keduanya, pasti sudah lahir berpuluh usahawan teraju (anchor companies) yang berkecimpung mengambil manfaat dalam pelbagai bidang keusahawanan berkait sama ada on shore atau pun off shore, sama ada dalam perbekalan bahan, peralatan, perkhidmatan atau sumber manusia.
Kat Terengganu ni walau dah dekat 40 tahun bumi keluar minyak, kalau orang tanya cuba namakan seorang ahli perniagaan Terengganu yang terulung dari segi perkhidmatan oil and gas? errr…sub atas sub ramai lah. Kenchana Petroleum!!! Mokhzani Mahathir!!! Atau siapa yang jadi tokey minyak? Mirzan Mahathir!!! Petron!!!
Kontraktor kelas F dan G merana kerana kerajaan Terengganu utamakan projek mega utk org2 tertentu. Habis duit ke situ.
Pasar Payang, Pasar Chabang , Pasar Borong Gong Pauh semua tempat org melayu berniaga. Kemudahan terbiar dan dhaif.
Kampung Cina siap buat tambakan beri ruangan parking besar besar, buat jalan baru belakang ada jalan, depan ada jalan. Ditambah lampu2 limpah biar cantik dan menarik.
Tapak2 yg jadi lokasi org melayu berniaga menyedihkan. Yg berniaga pasar malam, ikut suka yg berkenaan nak halau sekejap sana sekejap sini.
Yang dera usahawan melayu di Terengganu adalah UMNO Terengganu.

**** Ahmad Amzad Hashim Adalah Presiden NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) yang menuntut perubahan ‘total’ kepada sistem kehidupoan masakini.

KUNJUGAN PERSAUDARAAN NGO GANTI DI HULU TERENGGANU...

20 Jan 2014 : Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Kawasan Hulu Terengganu. Telah disambut sendiri oelh YDP Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid. Penyerahan Seruan GANTI dan beramah mesra. Turut serta Presiden GANTI, Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim. Timbalan DHPP Terengganu, Sdra Jefri Chua. SU Ganti, Puan Rusni Hassan, Serta ALP Ganti. Sdra Halim dan Sdra Hamdan





Jumaat, 17 Januari 2014

Rakyat Terengganu Tertindas Oleh UMNO

Oleh : Ahmad Amzad Hashim ( Presiden GANTI)

Usahawan Melayu paling ramai di Terengganu. Kontraktor pun paling ramai di Terengganu. Parti yg memerintah UMNO. Tempat pusat org melayu berniaga satu persatu dibubar.

Ahmad Amzad HashimYg berniaga supermarket dan kedai runcit sengaja dibawa masuk hyper market banyak2 dgn jarak yg rapat antara satu sama lain. Beratus kedai runcit melayu gulung tikar hidup segan mati tak mahu. Tshop 24 jam di serang rangkaian 7 eleven yang tumbuh mcm cendawan. Rangkaian kedai TUKAR bawah kementerian yg berkenaan pun sama, merana di paksa beli dari satu supplier saja (cina).

Industri kapal pasaran ratusan juta milik org melayu sejak nenek moyang kita bakal bubar sebab kerajaan Terengganu sedang timbus muara sungai dan nak bina jambatan merentang sungai.
Kontraktor kelas F dan G merana kerana kerajaan Terengganu utamakan projek mega utk org2 tertentu. Habis duit ke situ.

Pasar Payang, Pasar Chabang , Pasar Borong Gong Pauh semua tempat org melayu berniaga. Kemudahan terbiar dan dhaif.

Kampung Cina siap buat tambakan beri ruangan parking besar besar, buat jalan baru belakang ada jalan, depan ada jalan. Ditambah lampu2 limpah biar cantik dan menarik.
Kat org melayu berniaga hampeh. Yg berniaga pasar malam, ikut suka yg berkenaan nak halau sekejap sana sekejap sini.

Yang dera usahawan melayu di Terengganu adalah UMNO Terengganu.

Rabu, 15 Januari 2014

kecenderungan berfikir secara liberal

TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA

Assalamualaikum Wrt Wb

Saya agak khuatir dengan kecenderungan berfikir secara liberal yang dianggap tidak apa oleh sesetengah kita dikeranakan mungkin oleh kekurangan minat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau kurang merujuk kepada ulama bagi mendapat kepastian sama ada sikap atau pandangan yang berlegar dalam kotak fikiran kita itu selari atau tidak dalam konteks ajaran Islam, atau setakat lojik akal kita yang singkat.

Semalam Ustaz Kamal Ali, di dalam Kuliah Maghrib di Surau (Masjid Lama) Durian Burung, Kuala Terengganu mendedahkan ada yang berani melontarkan pandangan sesat ini secara upload video syarahan mereka yang antara lain mengandungi ayat-ayat sesat seperti berikut:

"Kalau betul Allah haramkan babi, mengapa Allah ciptakan babi?" 

Atau 

"Semua agama sama sahaja, semua mengajar perkara yang baik.."

Atau

" Sama saja masuk kumpulan mana pun, semua cakap pasal nak perjuangkan Islam, liberal, nasionalis pun Islam juga"

Atau 

" Wasothiyyah ni maksudnya kita bersederhana dalam pegangan dan amalan Islam kita, tak perlu ikut semua, ikut adat-adat orang jer..Kalau ikut semua itu ekstrim, pelampau agama"

Sempena Maulid junjungan Besar kita nabi Muhammad s.a.w saya tertarik dengan soalan seorang sahabat saya semalam yang saya rasa berpunca dari ada di kalangan bukan Islam cuba menafikan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Misalnya berkata Nabi Isa a.s beragama Kristian, Nabi Musa a.s beragama Yahudi dan seumpamanya. sedangkan jawapan dan kebersamaan semua nabi alaihissalaatuwassalam ini adalah terkandung jawapannya pada seruan yang satu kalimah tauhid yang benar tersimpul pada Surah Al Ikhlas yang selalu kita bacakan. Qul huwallaahu Ahad!

Saya cuba jawab sebagai orang biasa yang cetek pengetahuan moga diperkayakan oleh tambahan dari yang lebih memahami.

Sejak Adam a.s semua Nabi2 mengajak menyembah Tuhan yg Esa, Allah SWT. Hanya Allah SWT sebagai tempat mengadu dan meminta pertolongan. Allah SWT yg tidak beranak dan tidak pula ada yg memperanakkan. Ia tiada ibu bapa dan tiada anak pinak. (Tiada Tuhan Ibu, Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Sepupu). Dan segalanya yg ada di alam maya ini ada makhluk ciptaanNya, tidak pantas dijadikan sekutu dalam penyembahan atau wakil sembahan.

Inilah agama yg benar dan satunya yang direstui di sisi Allah SWT. Melalui Nabi2 dan Rasul Nya Allah SWT mengutuskan sebagsi pemberi Kesaksian (syaahidan), khabar yg baik kpd yg taat dan patuh kpd Allah SWT (mubashiran) dan pemberi amaran kepada yg derhaka enkar arahan dan melakukan apa yg dilarang Allah SWT. (Naziira).

Agama yg satu ini disebut Allah SWT sbg Islam. Innaddiina indallaahil Islam.

Sesuai dgn kelompok manusia dan zaman syariat dibawa oleh masing2 Nabi2 berubah nasikh dan mansuh sesuai kehendak Allah SWT melalui wahyu. 

Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup para Nabi. Rasul dan nabi terakhir utk seluruh umat manusia dan jin, serta sekalian alam, bukan untuk kelompok tertentu sahaja atau tempoh masa tertentu sahaja. 

Wamaa arsalnaa ka illa rohmatallil aalamiin.

Tidak kami utuskan kamu (Wahai Muhammad s.a.w) melainkan sbg Rahmat Untuk Sekalian Alam. 

Syariat itu kekal sehingga lah hari akhir hayat dunia ini Kiamat Akbar.

Wallahua'lam.

Wssalam Wrt Wb.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden 
Gerakan Anak Terengganu Insaf - GANTI
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Selasa, 14 Januari 2014

Kelahiran Muhammad SAW Membawa ‘Rahmat Untuk Semua’

KEMASKINI – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam mahu pun bukan Islam di seluruh dunia kerana merasai rahmat dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh Allah SWT, pencipta langit dan seluruh alam.
Perkara yang amat penting dengan kelahiran nabi Muhammad SAW adalah, supaya seluruh manusia dapat mengambil jalan dari petunjuk yang ditinggalkan oleh baginda SAW dan menjadikan mukjizat baginda yang masih ada bersama kita iaitu al-Quran dan sunnahnya sebagai panduan hidup.
Jadikan Islam yang dibawa oleh baginda SAW sebagai agama penyelamat kehidupan dunia dan akhirat, bukan hanya mengamalkan Islam sebagai ‘agama’ ibadat dan perayaan semata-mata.
Islam juga membawa rahmat dan bukan membebankan ummah dengan pelbagai cukai seperti diamalkan kapitalis, sebagaimana diucapkan Umar Abdul Aziz “RasuluLlah SAW membawa Islam, bukannya pemungut cukai”, sehingga Allah melimpahkan keberkatakan sepanjang pemerintahan beliau, menjadi maju dan sejahtera.
satifulOleh itu jadikanlah Islam sebagai sistem hidup yang mencakupi soal ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan dan kehakiman, serta politik dan pemerintahan.
Janganlah hanya sekadar memuja dan memuji nabi SAW sempena maulidnya sahaja, sebagaimana Abu Jahal yang merayakan kelahiran anak saudaranya dengan meyembelih beberap ekor unta.
Bahkan Abu Lahab yang terlalu gembira dengan kelahiran Muhammad SAW, lalu membebaskan dan memerdekakan Tsuwaibah  (hambanya), kemudian berarak menuju Kaabah.
Namun akhirnya, kedua-duanya Abu Jahl dan Abu Lahab memusuhi nabi dari bangsnya sendiri itu dan menjadi penentang ‘tegar’ ajaran Islam yang dibawa oleh RasuluLlah SAW.
Marilah kita bersama-sama dengan perjuangan RasuluLlah SAW, menegakkan Islam sebagai menjadi agama yang bernegara dan berdaulat sebagaimana Madinah al-Munawwarrah, meskipun baginda terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya Makkah al-Mukarramah.
Justeru, meneladani baginda RasuluLlah SAW yang sanggup mengorbankan segala harta benda mahu pun jiwa raga, demi kesejahteraan ummah didunia serta kehidupn akhirat yang kekal abadi.
Salam MaulidurRasul, semoga ia menjadi ‘Rahmat Untuk Semua’
YB Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
12 Rabi’ulAwwal, 1435H bersamaan 14 Januari, 2014

PAS Seru Pelbagai Lapisan Masyarakat Bersama Banteras Gejala Sosial

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelan, Haji Mohd Andul Wahid Endut berkata, gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan Mat Rempit, akan memberikan kesan kepada seluruh anggota masyarakat, tanpa mengambil kira sesiapa sahaja.
Oleh itu beliau mengajak semua pihak bersama-sama bersatu tenaga membanteras perkara negatif tersebut.
“Tak kira anak siapa-siapa………. jadi bila dalam keadaan begni, maka semua kena ambil usaha……. semua peringkat. tak kiralah apa latar belakangnya.
“yang penting sekali kena bagi sumbangan supaya (dicegah) kalau tak boleh banteras seratus peratus (semuanya), tapi boleh mengurangkan masalah ini peringkat demi peringkat,”tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Program Lepak Santai 2, anjuran NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) di Kampung Durian Burung dekat sini.
haji wahid2Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu yakin usaha mengatasi gejala sosial tersebut aakan Berjaya dengan sokongan pelbagai lapisan termasuk parti-parti politik.
“Parti (PAS) kita ahli ramai, cawangan kita banyak. Jadi bila kita dah minta, kita dah timbul perkara kepada parti…………peringkat cawangan, peringkat kawasan bincang.
“Jadi bila bincang dia boleh tubuh jawatankuassa bertindak di peringkat masing masing. Dia boleh kerah tenaga untuk bertugas,”jelasnya.
Antara cadangan pencegahan menurut beliau adalah, menubuhkan pasukan kawalan keselamatan yang bertugas mengikut jadual pada sebelah petang danmalam.
Beliau berkata, pasukan tersebut boleh membuat tangkapan awam sekiranya mendapati ada pihak yang melakukan kesalahan jenayah dan maksiat.
“buat jadual, berkawal, ataupun petang-petang tengok siapa orang luar yang masuk kampung dia (kita), nampak dia bagi (buat) apa, kalau boleh pegang, (kita) pegang………makna dia dipanggil ‘public arrest’.
“lepas tu, serah ke polis…….dia tak pukul………. tapi sekurang-kurangnya bila orang luar tengok, makna masing masing, kawalan kampung ni ada,
“orang dok (tak) berani, nak buat maksiat, nak buat kerja-kerja yang menyalahi undang undang pasal dia takut orang kampung tangkap,”katanya.
Justeru beliau berkata, usaha untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mesti mula dibuat,. Khususnya menangani gejala Mat Rempit supaya dapat mengambil tindakan menyelesaikan gejala yang telah menular sekian lama itu.

Isnin, 13 Januari 2014

Ahmad Said Dinasihatkan Supaya Bertaubat

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak ke daerah Kemaman.
Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat DUN Chukai dan yakin pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Najib adalah hasil duit rakyat, bukannya wang Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Bagi pihak saya dan seluruh rakyat kemaman, yang pertamamnya, mengucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri bersedia menyampaikan bantuan,
“yang mana bantuan ini saya yakin ianya daripada pembayar-pembayar cukai dan juga penderma-penderma daripada kerajaan dan kerajaan memberi balik kepada rakyat yang mengalami musibah di Kemaman,”ujarnya ketika ditemui dirumahnya semalam, Ahad 12 Januari.
Hj Hanafiah1Namun begitu, beliau kesal dengan ucapan Menteri Besar Terengganu yang disifatkannya sangat menyeleweng sebagai seorang Islam.
Beliau menyarankan Ahmad Said bertaubat kerana menurutnya, ucapan yang sombong dan angkuh seperti itu bukan sahaja mengelirukan bahkan bolehmenyebabkan gugurnya ‘syahadh’ seseorang.
“Hari ini juga ramai orang datang berjumpa dengan saya, memberitahu bahawa ucapan MB Terengganu sangat menyeleweng.
“Saya berasa sangat berdukacita dan kesal dengan ucapan ini dan saya mohon supaya MB bertaubat kepada Allah serta jangan angkuh dan sombong kerana MB berkata ‘kerana pembangkang menanglah di Kemaman ini maka banjir besar berlaku’,”jelasnya.
Haji Hanafiah yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman menggesa Ahmad merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah as-Saba dalam ayat 15 dan 16 yang menyatakan jelas kepada banjir ini datang daripada Allah, apabila manusia sudah lupa dan lalai kepada Allah.
Katanya, dalam surah Nuh juga, Allah menceritakan bahawa apabila manusia melakukan kejahatan lalu Allah datangkan musibah supaya manusia itu sedar dan beriman kepada Allah.
“Jelas ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah menyatakan bahawa banjir ini adalah datang daripada Allah. Bukan kerana PAS menang ataupun bukan parti-parti lain ataupun perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan banjir.
“ Ini saya rasa satu kenyataan yang sangat mendukcitakan sama ada kepada umat Islam di Terengganu ataupun di seluruh Malaysia,”tegasnya

Ahad, 12 Januari 2014

Sekitar LSG2. Alhamdulillah Muafakat terbentuk.

11 Jan 2014 : ( 8.30 pagi - 6.30 Petang). SEKITAR KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN NGO GANTI DENGAN KERJASAMA DACS K.Terengganu SEMPENA PROGRAM LEPAK SANTAI GANTI 2 DI DB SPORTS CENTRE KG.DURIAN BURUNG YANG BERTEMAKAN MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT








































Sekitar LSG2. Alhamdulillah Muafakat terbentuk.

Masa

Popular Posts

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top