Memaparkan catatan dengan label Penulis Tamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penulis Tamu. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Februari 2014

Keajaiban manusia akhir zaman

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. Namun, apabila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang akhir zaman ini. 

Yang berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya:

1.Apabila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar.


2. apabila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.

Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas.

3.Apa-apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme.

4.Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.

5.Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

6.Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-Nya.

Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.


7.Apabila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, apabila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender.

8.Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.

9.Apabila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai-bagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak.

Namun, apabila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

10.Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke atas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.

Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

11.Apabila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, apabila orang Palestin melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim.

12.Apabila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh.

Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun.

Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman?

http://detikislam.blogspot.com/

Selasa, 31 Disember 2013

2014 tibai duit, PRU14 tabur duit

Congak politik BN mudah sahaja. Sebelum Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) janjikan macam-macam. Promosikan dalam bajet tahunan, manifesto pilihanraya, media masa. Letaklah tema-tema yang kononnya sangat mementingkan rakyat.

Bila dah menang pilihanraya, carilah, kautlah dan tibailah sebanyak mungkin duit dari mana sahaja sumbernya selepas ditabur dengan begitu banyak dalam pilihanraya lepas.

Pedulikan hal rakyat, persetankan janji-janji manis, pekakkan telinga dari mendengar rintihan rakyat. Yang penting, banyak yang sudah dihabiskan untuk memujuk rakyat, maka lagi banyak mesti dikutip balik.

Demikianlah politik kebendaan ala jahiliah Quraisy. Begitulah politik Umno BN yang berasaskan sekularisme dan nasionalisme. Apabila asasnya rosak, semua yang dibuat adalah rosak.

Ma bunia ala fasadin fa kullu ma yatarattab alaihi fasadun’ (Setiap yang dibina berdasarkan sesuatu yang rosak, maka setiap yang muncul darinya juga adalah rosak). Kalau asas perjuangannya rosak, maka cara mengurusnya rosak. Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.

Sebelum PRU13, pelbagai janji dilontar. Tema ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dijadikan candu memujuk rakyat terus menyokong BN. Ya, kuasa diperolehi kembali melalui PRU!3 yang sarat tanda soal.

Yang pastinya ialah kerajaan yang memerintah sekarang ialah kerajaan yang mendapat sokongan minoriti undi popular 47% rakyat. Itupun ‘habis cara’ digunakan.

Bagi mangsa banjir seperti di Kemaman dan Kuantan, mereka menghadapi musibah berganda.

Banjir yang memusnahkan sebahagian besar harta dalam rumah dan luar rumah, kos membaiki kenderaan, kos membeli peralatan baharu dalam rumah, tekanan perasaan bagi sesetengah orang, bantuan dari kerajaan baru-baru ini yang tidak seberapa, kemudian ditambah dengan persediaan anak-anak sekolah.

Semuanya memakan ribu dan puluh ribu ringgit. Tup tup dengarnya tarif elektrik, tol dan beberapa perkara lain akan naik juga. Musibah bukan lagi berganda, tetapi berganda ganda ganda.

Sebelum PRU13, lagu ‘Rakyat didahulukan’ acap dimainkan. Selepas PRU13 ‘just duit’ (bukannya just do it).

Tunggulah PRU14 nanti, kerajaan BN akan tiba-tiba menjadi begitu baik, lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali. Duit akan ditabur balik kepada rakyat untuk mendapat mandat seterusnya. Adakah Melayu akan terus lupa?

Penulis ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Kemaman, Terengganu.

Isnin, 30 Disember 2013

Asri: Para menteri mesti cerdik

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyarankan agar menteri berfikir secara rasional  serta kritis tatkala membuat cadangan mahupun ketika memberi pendapat.

Menulis di dalam entri Facebooknya yang terbaru, Asri menjelaskan perkara itu perlu dilakukan agar tidak wujud persepsi bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan.

"Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang menjawat jawatan menteri atau apa-apa jawatan tinggi dalam negara ini ialah rakyat negara ini sudah jauh lebih berpengetahuan dan bijak menilai dibandingkan dahulu.

"...ini disebabkan banyak faktor termasuk perkembangan teknologi maklumat terutama media sosial, latar pendidikan dan lain-lain.

"... namun hari ini kenyataan 'tidak cerdik' yang selalu dikeluarkan oleh kebanyakan menteri hanya akan  menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini...sekaligus  wujud persepsi bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan," katanya.

Asri: Agaknya Malaysia ini siapa yang punya?

SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.

Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.

Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.

"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.

"Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.
"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya, hari ini.

Selasa, 10 Disember 2013

Terengganu Bentang bajet RM9.3 juta sehari

Wan Zainuddin 
Dipetik dari Facebook - Wan Zainuddin
Semalam DUN Terengganu mencadangkan bajet utk tahun kewangan 2014 berjumlah RM3.4 billion; RM2.2billion  untuk belanja pengurusan & RM1.2 billion belanja pembangunan. Ia bajet terbesar dalam sejarah negeri dan paling tinggi berbanding ng2 lain.Secara purata, kerajaan Terengganu mempunyai RM9.3 juta sehari untuk dibelanjakan.



Sebagai anak Terengganu, patutkah saya berbangga dengan bajet sebesar itu. Naluri saya tidak mengizinkan...stadium Sultan Mizan yang runtuh belum diperbaiki, LPT yang sampai sekarang tidak siap-siap, biasiswa untuk anak Terengganu yang tidak berkecukupan, masalah pengangguran yg semakin mendesak,taraf hidup rakyat marhaen yg kekal statik dll isu menyangkut kebajikan rakyat,sentiasa bermain di fikiran manusia kerdil seperti saya.Adakah isu-isu ini juga berada di benak pemimpin2 negeri bilamana mrk membentangkan bajet semewah ini? Saya tidak pasti.Namun sebagai rakyat yang setia saya tetap Berdoa agar Allah Peliharakan Terengganu...harapan dan doa yg lebih besar dari papan tanda yg terpampang megah di atas puncak Bukit Besar...aamin.

Masa

Popular Posts

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top