Selasa, 10 Disember 2013

Terengganu Bentang bajet RM9.3 juta sehari

9:05 PG

Wan Zainuddin 
Dipetik dari Facebook - Wan Zainuddin
Semalam DUN Terengganu mencadangkan bajet utk tahun kewangan 2014 berjumlah RM3.4 billion; RM2.2billion  untuk belanja pengurusan & RM1.2 billion belanja pembangunan. Ia bajet terbesar dalam sejarah negeri dan paling tinggi berbanding ng2 lain.Secara purata, kerajaan Terengganu mempunyai RM9.3 juta sehari untuk dibelanjakan.



Sebagai anak Terengganu, patutkah saya berbangga dengan bajet sebesar itu. Naluri saya tidak mengizinkan...stadium Sultan Mizan yang runtuh belum diperbaiki, LPT yang sampai sekarang tidak siap-siap, biasiswa untuk anak Terengganu yang tidak berkecukupan, masalah pengangguran yg semakin mendesak,taraf hidup rakyat marhaen yg kekal statik dll isu menyangkut kebajikan rakyat,sentiasa bermain di fikiran manusia kerdil seperti saya.Adakah isu-isu ini juga berada di benak pemimpin2 negeri bilamana mrk membentangkan bajet semewah ini? Saya tidak pasti.Namun sebagai rakyat yang setia saya tetap Berdoa agar Allah Peliharakan Terengganu...harapan dan doa yg lebih besar dari papan tanda yg terpampang megah di atas puncak Bukit Besar...aamin.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

1 ulasan:

  1. Mat Said gagal membuktikan belanjawan terbesar negeri Trengganu pada tahun lalu yang mencecah RM2billion bebanding lain2 negeri yang lebih maju seperti Selangor dan Pulau Pinang telah berjaya mencapai matlamat merakyatkan pentadbiran seperti yang dibanggakannya. Siri pebih 15 projek yang mengalami runtuh. Bantuan banjir yang tak berkecukupan tahun ni,...

    Sekarang melampau sangat bila belanjawan baru lebih RM3billion!!

    BalasPadam

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top