Selasa, 10 Disember 2013

Laporan Skuad Bantuan Banjir PAS KUALA TERENGGANU

10:32 PG

.
.
  • GANTI menyumbang : 110 karton ( Sekarton 1.5ML - 12 Botol & 600ML - 24 Botol ) Air Minuman Semulajadi Gau
  • Peserta terdiri drpd : 90 org, 30 buah 4x4 &1 buah lori ford treder
  • Bantuan berbentuk : bahan makanan, ubatan & pakaian

Perjalanan :
Ahli Rombongan (AR) berkumpul di masjid pengadang baru sekitar jam 9.30am..
Taklimat di sampaikan oleh YDP Pas KT & SU Pas KT..

Bertolak jam 10am ke lokasi berkumpul kedua di Semerak Rhu Muda..
Seterusnya menyambung perjalanan ke Kemaman melalui jln pantai.. sampai di BG kemaman sekitar jam 1.30pm.. Bertemuan & menyerahkan sumbangan kewangan kpd YDP Kemaman.. Berbincang dgn petugas BG untuk agihan bantuan..



AR diarah ke Teladas, Nerang 1, Felda Seberang Tayor, Seberang Tayor..

AR bergerak ke lokasi 1 Teladas melalui Makcili... sampai di Teladas sekitar jam 3pm.. bertemu dgn ketua cawangan sdr asri... mangsa disini sebanyak 300 buah rumah, rata2 disini rumah dimasuki air banjir sekurang2nya paras dada.. disini AR menurunkan bantuan makanan & air di pusat agihan di Pasti Air Putih Teladas... AR dibawa masuk ke Teladas kawasan bencana sambil mengagihkan sendiri bantuan kpd mangsa..

AR seterusnya dibawa ke lokasi ke 2 Felda Nerang 1, melalui jln Ibok, jln jabor... sampai di FN1 sekitar jam 5pm di surau hijau.. AR solat jama' qasar.. disini mangsa sekitar 10 keluarga rata2 air banjir mencecah atap rumah.. bantuan bahan dapur termasuk pakaian diserahkan kpd ketua cawangan Pak Ngah..

Seterusnya AR bergerak ke lokasi ke3 felda seberang tayor.. sampai jam 7pm... seterusnya ke lokasi ke4 Seberang Tayor merangkumi 4 kg, kg kuala tayor, seberang tayor, felda seberang tayor, kg pasir gajah.. rata2 mangsa disini air mrncecah bumbung dan ada yg tidak nampak bumbang... semua bantuan makanan, ubatan, gas, dapur, air mineral & pakaian diturunkan di rumah pak hashim... 

AR bertolak ke BG Kemaman, sampai di BGK, AR solat dan makan... sekitar jam 10pm AR bertolak balik ke KT... dlm perjlnan berhenti rehat di kedai ABC bandar Dungun... Sekitar jam 12.15am AR bertolak pulang & sampai sekitar jam 1.30am..

Sekian dilaporkan, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT
SUPKT
10/12/2013, jam 7.20am

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top