Selasa, 31 Disember 2013

Ustaz Nazri Chik dilantik setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat selesai membentuk saf jawatankuasa kerja dewan itu bagi sesi 2013-2015.

Dewan itu juga telah melantik Ustaz Nazri Chik sebagai Setiausaha dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud sebagai Bendahari.

Sementara itu Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diamanahkan sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Dewan itu juga telah mebentuk lajnah, jabatan, majlis dan akademi dibawah mereka dengan melantik pengerusi dan pengarah masing-masing.

Dewan Ulamak PAS Pusat pada sesi ini membawa tema 'Ulamak Haraki Menangani Fasaad Mengisi Kemenangan', sebagai mendepani cabaran dakwah dan pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2013-2015.

AHLI JAWATANKUASA HARIAN:

Ketua: Datuk Ustaz Harun bin Taib

Timbalan Ketua: Dato' UstazAhmad bin Yakob

Naib Ketua: Dato' Dr Mahfodz bin Mohamad

Setiausaha: Ustaz Nazri  bin Chik

Penolong Setiausaha: Ustaz Wan Ahmad Rasyidi bin Wan Othman

Penolong Setiausaha: Ustaz Nazmi  bin Nik Din

Penolong Setiausaha: Dr Shahbudin bin Ngah

Bendahari: Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud

Ketua Penerangan: Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razalii

Pengarah Pilihan Raya: Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh


AHLI JAWATANKUASA KERJA BIASA:

01. Datuk Dr Johari bin Mat

02. Dr Badruzzaman bin Yusof

03. Dr Abu Bakar bin Abdullah

04. Dr Azahari bin Aripin

05. Dr Abdul Zaki bin Mohd Ismail

06. Ustaz Abdullah bin Husain

07. Ustaz Muhammad Zain bin Abdul Rahman

08. Ustaz Zulkifli bin Ismail

09. Ustaz Mohd Khairi bin Zainuddin

10. Ustaz Mokhtar bin Senik

11. Ustaz Khirul Muntanazar bin Ismail

12. Ustaz Azhar bin Arsyad

13. Ustaz Mohd Lutfi bin Arifin

14. Ustaz Mohd Zainul Asri bin Ramli

15. Ustaz Mohd Ismi bin Taib

16. Ustaz Mustafa bin Shaari

17. Ustaz Abu Usamah bin Mohd Daud

18. Ustaz Mohd Kamal bin Osman


PENGERUSI & PENGARAH (LAJNAH/JABATAN/MAJLIS/AKADEMI)

01. Datuk Ustaz Harun bin Taib (Pengerusi Lajnah Politik & Pilihan Raya)

02. Datuk Ahmad bin Yakob (Pengerusi Lajnah Ekonomi)

03. Datuk Dr Mahfodz bin Mohamad (Pengerusi Lajnah Tarbiyah)

04. Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali  (Pengerusi Lajnah Penerangan)

05. Ustaz Nazmi bin Nik Din (Pengerusi Lajnah IT & Media)

06. Dr Badruzzaman bin Yusof (Pengerusi Lajnah Hubungan Luar & Antarabangsa)

07. Dr Azahari bin Aripin (Pengerusi Lajnah Penyelidikan & Tafaqquh)

08. Ustaz Mohd Lutfi bin Arifin (Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan)

09. Ustaz Mohd Khairi bin Zainuddin (Pengerusi Lajnah Penerbitan)

10. Ustaz Khirul Muntanazar bin Ismail (Pengerusi Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis)

11. Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh (Pengarah Jabatan Pilihanraya Ulamak)

12. Datuk Ustaz Harun bin Taib (Pengerusi Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan)

13. Ustaz Nazri bin Chik (Pengerusi Majlis Setiausaha Ulamak)

14. Dr Nazri bin Mansor (Pengarah Akademi Latihan Kepimpinan Ulamak)


KETUA-KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI & WILAYAH PERSEKUTUAN

01. Datuk Ustaz Hassan bin Mohamood (Kelantan)

02. Datuk Ustaz Hussin bin Awang (Terengganu)

03. Ustaz Mokhtar bin Senik (Pahang)

04. Ustaz Abdullah bin Hussain (Johor)

05. Ustaz Zulkifli bin Ismail (Melaka)

06. Ustaz Mohd Khairi bin Zainuddin (Negeri Sembilan)

07. Ustaz Muhammad Zain bin Abdul Rahman (Selangor)

08. Ustaz Azhar bin Yahya al-Batawy (Wilayah Persekutuan)

09. Ustaz Kamaruddin bin Awang Basir (Perak)

10. Ustaz Fauzi  bin Yusof (Pulau Pinang)

11. Ustaz Ismail bin Khamis (Kedah)

12. Ustaz Idris bin Yaakob (Perlis)

13. Dr Nuruddin bin Ibrahim (Sabah)

Laporan langsung Himpunan Turun

KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.

Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.

Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.

Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.

Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.

Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.

LAPORAN LANGSUNG

10.10 PM: Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
10.05 PM: Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
10.00 PM: Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.
9.50 PM: Perhimpunan aman malam ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat, merentas etnik dan ideologi.
Wakil seniman Paksi Rakyat (Paksi) Hasni Abas turut bersolidariti bersama malam ini. Kumpulan mereka berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
9.45 PM: SOGO- Kumpulan yang bergerak dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tiba di hadapan Sogo dan mula bergabung dengan peserta yang sedia menunggu di sini.
Mereka terus bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
9.40 PM: SOGO- Laungan 'Hidup Rakyat', 'Bangkit Rakyat', 'Tumbang BN' berterusan digemakan. Mereka juga beransur-ansur bergerak ke Dataran Merdeka. Cuaca baik malam ini dilihat memudahkan pergerakan peserta.
Kelihatan anggota trafik turut mengawal lalulintas sementara pengguna jalan raya dilihat turut membunyikan hon tanda sokongan.
9.30 PM: DATARAN MERDEKA- Suasana di sekitar Dataran Merdeka mula dipenuhi mereka yang berpakaian hitam. Dianggar ribuan sudah memenuhi jalan masuk ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya termasuk dari Jalan Sultan dan Jalan TAR.
 9.25 PM: Kumpulan dari Pejabat AGung PAS di Jalan Raja Laut mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pergerakan mereka diawasi pasukan Unit Amal yang turut menjadi barisan hadapan.
Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut bergerak bersama kumpulan ini.
 9.20 PM: SOGO- Hampir 300 orang memenuhi kawasan dataran hadapan kompleks membeli belah ini. Sebahagian mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka secara berperingkat.
Sekumpulan anak muda menunjukkan playkad bertulis "Rakyat Sengsara Tahun 2014" kepada orang ramai yang lalu lalang di sini, sebagai suara bantahan yang akan digemakan malam ini.
 9.15 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Naib Presiden PAS Salahudin Ayub turut memberi ucapan kepada peserta di sini. Beliau bersama beberapa lagi pimpinan PAS dijangka mengetuai perjalanan dari sini ke Datan Merdeka.
 9.10 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberikan ucapan semangat kepada peserta himpunan yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat PAS di Jalan Raja Laut ini.
Turut serta beberapa lagi exco serta pimpinan pemuda yang lain.
9.05 PM: SOGO- Empat orang anak muda dari Lumut , Perak memberitahu mereka berkongsi duit minyak untuk sama-sama datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai himpunan ini.
Salah seorang dari mereka, Hafiz Sulung, 23, bertolak dari Lumut jam 1 petang tadi dan tiba di kompleks membeli belah Sogo kira-kira jam 7 petang ini.
Mereka menjelaskan penyertaan mereka malam ini atas dasar kesedaran dan tekanan yang dirasai akibat kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
9.00 PM: SOGO- Dua orang kakitangan kerajaan yang ditemui oleh Harakahdaily di sini turut menyatakan sokongan kepada himpunan ini. Mereka menyifatkan peserta malam ini sebagai mewakili rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup.

"Kami guru, jadi tak boleh sertai himpunan ini. Tadi dah dapat memo dari pengetua melarang guru sertai himpunan ini," kata salah seorang darinya yang enggan memberi nama.
8.45 PM: SOGO- Kehadiran di sini mencecah 300 orang dan dijangka terus bertambah dari masa ke masa.

8.40 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Sekumpulan pasukan Unit Amal yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah' dilihat berkumpul dan mengadakan perbarisan sebagai persediaan mengawal keselamatan peserta himpunan malam ini.

Turut kelihatan, orang ramai yang berpakaian hitam mengambil tempat memulakan himpunan di sini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka berjarak kira-kira 3 kilometer.

8.30 PM: SOGO- Orang ramai dengan berpakaian hitam mula berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Kehadiran mereka dikatakan tiba seawal jam 6 petang.

Majoriti di yang berkumpul di sini adalah dari kelompok aktivis mahasiswa dan juga anak-anak muda.

Beberapa pemimpin mereka dilihat memberikan ucapan ringkas sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bangkit Anak Muda'.

2014 tibai duit, PRU14 tabur duit

Congak politik BN mudah sahaja. Sebelum Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) janjikan macam-macam. Promosikan dalam bajet tahunan, manifesto pilihanraya, media masa. Letaklah tema-tema yang kononnya sangat mementingkan rakyat.

Bila dah menang pilihanraya, carilah, kautlah dan tibailah sebanyak mungkin duit dari mana sahaja sumbernya selepas ditabur dengan begitu banyak dalam pilihanraya lepas.

Pedulikan hal rakyat, persetankan janji-janji manis, pekakkan telinga dari mendengar rintihan rakyat. Yang penting, banyak yang sudah dihabiskan untuk memujuk rakyat, maka lagi banyak mesti dikutip balik.

Demikianlah politik kebendaan ala jahiliah Quraisy. Begitulah politik Umno BN yang berasaskan sekularisme dan nasionalisme. Apabila asasnya rosak, semua yang dibuat adalah rosak.

Ma bunia ala fasadin fa kullu ma yatarattab alaihi fasadun’ (Setiap yang dibina berdasarkan sesuatu yang rosak, maka setiap yang muncul darinya juga adalah rosak). Kalau asas perjuangannya rosak, maka cara mengurusnya rosak. Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.

Sebelum PRU13, pelbagai janji dilontar. Tema ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dijadikan candu memujuk rakyat terus menyokong BN. Ya, kuasa diperolehi kembali melalui PRU!3 yang sarat tanda soal.

Yang pastinya ialah kerajaan yang memerintah sekarang ialah kerajaan yang mendapat sokongan minoriti undi popular 47% rakyat. Itupun ‘habis cara’ digunakan.

Bagi mangsa banjir seperti di Kemaman dan Kuantan, mereka menghadapi musibah berganda.

Banjir yang memusnahkan sebahagian besar harta dalam rumah dan luar rumah, kos membaiki kenderaan, kos membeli peralatan baharu dalam rumah, tekanan perasaan bagi sesetengah orang, bantuan dari kerajaan baru-baru ini yang tidak seberapa, kemudian ditambah dengan persediaan anak-anak sekolah.

Semuanya memakan ribu dan puluh ribu ringgit. Tup tup dengarnya tarif elektrik, tol dan beberapa perkara lain akan naik juga. Musibah bukan lagi berganda, tetapi berganda ganda ganda.

Sebelum PRU13, lagu ‘Rakyat didahulukan’ acap dimainkan. Selepas PRU13 ‘just duit’ (bukannya just do it).

Tunggulah PRU14 nanti, kerajaan BN akan tiba-tiba menjadi begitu baik, lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali. Duit akan ditabur balik kepada rakyat untuk mendapat mandat seterusnya. Adakah Melayu akan terus lupa?

Penulis ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Kemaman, Terengganu.

RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina

KUALA LUMPUR: “Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.

Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”.

Berikut ialah komen beliau.

Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah'Celebrate'lah...suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)

A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...

Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!

Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.

Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.

Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"

Flashmob Terengganu Sukses

31hb Dec 2013 : Flashmob sukses bermula 4.30 petang tamat 6.30 petang. Tahniah DPPNT khususnya KPPNT YBhg. Ust.Kamaruzaman Albasungi AJK DPPT, YB Ustaz Himi Dato Harun dan KPP Kuala Terengganu, Y. Bhg. Ust. Wan Faizul Abas. Presiden GANTI, Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, SU Ganti Puan Rusni, Serta ALP GANTI.

Kepimpinan Pemuda Terengganu 2013 - 2015 - KETUA. : USTAZ KAMARUZZAMAN ABDULLAH, TIMBALAN. : YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM, NAIB. : USTAZ MOHD KHALIL ABDUL HADI

AHLI JAWATANKUASA : USTAZ SHEIKH HANAFI ABDUL AZIZ, YB USTAZ HILMI HARUN, SAUDARA ZAIDAN ABDULLAH, USTAZ WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS, SAUDARA AL GHAZALI ABU BAKAR, USTAZ SULAIMAN SULONG, USTAZ HAMDI HARUN, USTAZ NASIR ABDUL RAZAK, USTAZ RAMLAN YAHYA, USTAZ AZIZUL HISHAM
.


GANTItv : http://gantitv.blogspot.com





























Pemuda PAS Selar Pihak Memburukkan Perjuangan Menentang Kenaikan Kos Sara Hidup

KUALA TERENGGANU – Pihak yang berkuasa perlu membezakan antara hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun serta menyatakan pandangan dengan sebarang tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan Negara.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata rakyat mempunyai hak dalam menyatakan pandangan mereka, samada secara peribadi, ataupun secara himpunan kerana ia diizinkan oleh perlembagaan.
Beliau menegaskan, DPPM menyokong mana-mana pihak yang menyatakan pandangan dalam isu kenaikan, kenaikan harga barang dam kos sara hidup serta cukai GST yang akan dilaksanakan.
“saya nak tegaskan sekali lagi, bahawa kita perlu bezakan antara hak rakyat untuk berhimpun, untuk menyatakan pandangan mereka dengan tujuan yang bercanggah dengan perlembagaan,
tmp_IMG_20131228_172439-1089150397“bagi saya, kita menyokong mana-mana hasrat, niat dan tindakan yang mahu dilakukan oleh mana-mana pihak dengan tujuan untuk menyatakan pandangan mereka dalam isu yang kita bincangkan pada hari ini,
“berkait dengan isu kenaikan harga barang, kenaikan kos hidup, kemaikan tol dan juga kenaikan GST yang akan dikenalkan pada tahun 2015,”jelasnya pada sidang media bersama NGO Gerakan Anak Terenggani Insaf (Ganti) di sini semalam Ahad, 29 Disember.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan yang cuba menyekat Himpunan TURUN yang akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Menurutnya, isu-isu yang dinyatakan dan diperjuangkan oleh beberapa NGO adalah sauatu tindakan yang mulia dan berkait dengan bebanan hidup rakyat.
Oleh itu, katanya, rakyat mempunyai hak dalam menyatakan pandangan mereka, samada secara peribadi, ataupun secara himpunan yang diizinkan oleh perlembaggan Malaysia.
Beliau turut menyatakan kesal dan menyelar pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengaitkan hasrat mulia rakyat dengan menuduh ia satu tindakan melanggar undang-undang.
“Jadi, saya sangat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh setengah pihak yang tak bertanggungjawab yang mengaitkan hasrat rakyat dengan tujuan yang mulia,
“(dengan) perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan (salah disisi) perlembagaan Negara,”ujarnya.

Sidang akhbar GANTI

Ikuti sidang akhbar GANTI di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu pada 29hb Disember 2013.

Sedia dijual


Esok mula jual.
Roundnet : RM23 (S,M, L, XL)
RM25.50 (XXL)
Colar : RM33 (S,M, L, XL)
RM35.50 (XXL)
Muslimat : RM36 (S,M, L, XL)
RM38.50 (XXL)
10 ke atas potong RM4.

Esok pagi pukul 9 sampai rumah InsyaAllah. 1000 helai round neck, 500 berkolar dan 500 muslimah.






Isnin, 30 Disember 2013

Saifuddin: Guling kerajaan tindakan demokrasi

Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

NONESaifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan.

Tekanan juga semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,300 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut.

Antaranya, Persatuan Veteran Tentera Malaysia yang mahu anggota NGO dan pasukan berpakaian seragam untuk menyertai sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka sebagai sokongan kepada kerajaan.
Beberapa NGO pro-kerajaan menyeru agar orang ramai agar tidak menghadiri himpunan di Dataran Merdeka malam tahun baru ini.

Jurucakapnya, presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah uga meminta anggota NGO tersebut untuk hadir bagi memerhatikan kejadian yang bakal berlaku malam esok.

"NGO sila datang ke dataran esok..saksikan walaupun dtg tunjukkan kita sebagai ngo sokong kerajaan.

"Kita akan kumpul untuk  menyaksikan apa yang berlaku. NGO tak ada kuasa pertahankan perhimpunan cuma kita tengok dan yakin dengan keupayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  Abdul Rani.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS ) dan Kelab Penyokong Aspirasi Najib 1Malaysia (Pekan)

Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal

KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),  Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
 “Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut  pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat   tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa  bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi berkata,  jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.

Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang  ditanggung rakyat bawahan.

“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat , apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome)  di kalangan pemimpin negara.
“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.

“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.

“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya.

Asri: Para menteri mesti cerdik

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyarankan agar menteri berfikir secara rasional  serta kritis tatkala membuat cadangan mahupun ketika memberi pendapat.

Menulis di dalam entri Facebooknya yang terbaru, Asri menjelaskan perkara itu perlu dilakukan agar tidak wujud persepsi bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan.

"Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang menjawat jawatan menteri atau apa-apa jawatan tinggi dalam negara ini ialah rakyat negara ini sudah jauh lebih berpengetahuan dan bijak menilai dibandingkan dahulu.

"...ini disebabkan banyak faktor termasuk perkembangan teknologi maklumat terutama media sosial, latar pendidikan dan lain-lain.

"... namun hari ini kenyataan 'tidak cerdik' yang selalu dikeluarkan oleh kebanyakan menteri hanya akan  menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini...sekaligus  wujud persepsi bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan," katanya.

Ganti Kuala Terengganu

Lepak Santai Ganti (2) : TEMA: MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT - TARIKH: Sabtu 11hb. Januari 2014 - 3.30petang - 5.30petang - TEMPAT: DB SPORT CENTRE,Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.


Tarikh: 5hb. Januari 2014
KENYATAAN MEDIA
PROGRAM LEPAK SANTAI GANTI 2 PERINGKAT KUALA TERENGGANU SERTA
KEJOHANAN FUTSAL GANTI TERBUKA KUALA TERENGGANU 2014

TEMA: MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT
TARIKH: Sabtu 11hb. Januari 2014 
3.30petang - 5.30petang
TEMPAT: DB SPORT CENTRE,Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.


Assalamua’laikum Wrt. Wb.
Untuk makluman, susulan kejayaan Program Lepak Santai GANTI 1 Peringkat Kuala Nerus yang membawa tema Bela Usahawan Melayu, Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) akan mengadakan program LEPAK SANTAI GANTI 2 KUALA TERENGGANU bertemakan MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT pada hari Sabtu 11HB Januari 2014 jam 3.30petang hingga 5.30petang bertempat di DB SPORT CENTRE, Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.
Turut memeriahkan acara pada hari tersebut ialah kejohanan futsal GANTI yang akan disertai oleh 24 pasukan bermula jam 8.00pagi hingga jam 3.30petang dengan kerjasama DACS Kuala Terengganu. Kejohanan ini menawarkan Hadiah Piala Pusingan, Wang Tunai dan Hamper.
Selaras dengan falsafah NGO GANTI yang berslogankan Amar Makruf Nahi Mungkar, GANTI menjemput dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menyertai majlis LEPAK SANTAI GANTI 2. 

Semoga program ini dapat menyedarkan kita bahawa gejala rempit dan sosial ini kini telah menjadi ancaman kepada seluruh masyarakat dari segi keselamatan dan kebebasan terutamanya kepada pengguna jalanraya. Program ini juga bertujuan memberi ilmu dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani isu gejala rempit. Semoga ianya juga memberi manafaat dari segi imej kerjasama,kesetiakawan,kesefahaman, kejiranan dan perpaduan di kalangan masyarakat. Program ini juga diharap memberi ruang kepada masyarakat membantu pihak PDRM dalam menangani gelaja rempit.

Jemputan untuk turut serta dalam bual bicara LSG 2 adalah kepada semua peringkat umur, pimpinan masyarakat, NGO, ibubapa dan golongan belia.

Antara tetamu ahli panel yang dijangka akan hadir untuk menjayakan majlis ini ialah YB Dato Raja Kamarul Baharin(Ahli Parlimen Kuala Terengganu),YB Ustaz Hishamudin Abd Karim(Adun Tepoh merangkapTimbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu) dan wakil Ketua Polis Terengganu. Ustaz Zool Amali, seorang penggiat program motivasi meningkat naik akan menjadi moderator bagi program berkenaan.

Sekian dengan hormatnya, terima kasih
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf(GANTI)
GANTI MENGAJAK PERUBAHAN

Asri: Agaknya Malaysia ini siapa yang punya?

SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.

Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.

Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.

"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.

"Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.
"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya, hari ini.

Masa

Popular Posts

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top