Selasa, 31 Disember 2013

Pemuda PAS Selar Pihak Memburukkan Perjuangan Menentang Kenaikan Kos Sara Hidup

4:22 PTG

KUALA TERENGGANU – Pihak yang berkuasa perlu membezakan antara hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun serta menyatakan pandangan dengan sebarang tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan Negara.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata rakyat mempunyai hak dalam menyatakan pandangan mereka, samada secara peribadi, ataupun secara himpunan kerana ia diizinkan oleh perlembagaan.
Beliau menegaskan, DPPM menyokong mana-mana pihak yang menyatakan pandangan dalam isu kenaikan, kenaikan harga barang dam kos sara hidup serta cukai GST yang akan dilaksanakan.
“saya nak tegaskan sekali lagi, bahawa kita perlu bezakan antara hak rakyat untuk berhimpun, untuk menyatakan pandangan mereka dengan tujuan yang bercanggah dengan perlembagaan,
tmp_IMG_20131228_172439-1089150397“bagi saya, kita menyokong mana-mana hasrat, niat dan tindakan yang mahu dilakukan oleh mana-mana pihak dengan tujuan untuk menyatakan pandangan mereka dalam isu yang kita bincangkan pada hari ini,
“berkait dengan isu kenaikan harga barang, kenaikan kos hidup, kemaikan tol dan juga kenaikan GST yang akan dikenalkan pada tahun 2015,”jelasnya pada sidang media bersama NGO Gerakan Anak Terenggani Insaf (Ganti) di sini semalam Ahad, 29 Disember.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan yang cuba menyekat Himpunan TURUN yang akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Menurutnya, isu-isu yang dinyatakan dan diperjuangkan oleh beberapa NGO adalah sauatu tindakan yang mulia dan berkait dengan bebanan hidup rakyat.
Oleh itu, katanya, rakyat mempunyai hak dalam menyatakan pandangan mereka, samada secara peribadi, ataupun secara himpunan yang diizinkan oleh perlembaggan Malaysia.
Beliau turut menyatakan kesal dan menyelar pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengaitkan hasrat mulia rakyat dengan menuduh ia satu tindakan melanggar undang-undang.
“Jadi, saya sangat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh setengah pihak yang tak bertanggungjawab yang mengaitkan hasrat rakyat dengan tujuan yang mulia,
“(dengan) perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan (salah disisi) perlembagaan Negara,”ujarnya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top