Memaparkan catatan dengan label Berita Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Terengganu. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mei 2014

KENYATAAN MEDIA - (Ketua Sekretariat NGO Negeri)

KENYATAAN MEDIA- 2HB MAY 2014

MAKLUMAN PALSU DEMONSTRASI ISU KENAIKAN CUKAI PINTU PADA 4HB MAY 2014.

Saya telah dimaklumkan terdapat sebaran yg tidak dpt dipastikan puncanya berhubung rancangan Demonstrasi Isu Cukai Pintu pada 4hb May 2014 bertempat di depan bangunan MBKT.

Saya ingin memaklumkan hasil semakan dgn semua NGO2 yg sentiasa menyelaraskan kesatuan dlm perjuangan rakyat, kami mengesahkan demo tersebut tiada kena mengena dgn NGO2 yg bersama kami.
Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat PAS Terengganu tidak pernah dimaklumkan soal ini.

Saya sendiri akan hadir ke satu Mesyuarat Pelarasan Jkuasa Bertindak Isu Cukai Pintu MBKT Peringkat PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU esok yg akan membincangkan langkah2 lanjut membela rakyat yg tertekan dengan kenaikan sehingga 600% Cukai Pintu ini.

Saya berpendapat langkah yg segera yg perlu diutamakan adalah membantu individu pemilik premis yg terlibat membuat bantahan bertulis yg sempurna terlebih dahulu.

Selanjutnya mengumpulkan salinan2 bantahan. Meningkatkan kesedaran awam (awareness) isu ini melalui kain2 rentang, poster, risalah dan media baru facebook, Twitter, whatsapp.

Tertakluk kpd tindak balas kerajaan terhadap bantahan, Demonstrasi adalah satu pilihan yg boleh di pertimbangkan bila rakyat sudah faham permasalahan nya dan kerajaan gagal menggunakan budi bicara utk menangguhkan atau membatalkan kenaikan Cukai Pintu tersebut.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Setiausaha
Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu
PAS Terengganu
(Ketua Sekretariat NGO Negeri)

Cukai Pintu: Penduduk perlu bantah secara bertulis

KUALA TERENGGANU: Semua penduduk terbabit dengan notis permbaharuan cukai pintu bangunan dan rumah kediaman diminta membuat bantahan bertulis kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada atau sebelum 2 Jun ini kerana nilaian dibuat naik mendadak sehingga 600 peratus.

Serentak itu Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) meminta mereka terbabit menyerahkan salinan notis kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu untuk tindakan selanjutnya.

Presiden GANTI, Haji Ahmad Amzad Hashim (Gambar) dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini berkata, pertubuhan itu akan menyelaraskan tindakan bersama dengan pelbagai NGO lain bagi membangkitkan masalah ini secara kolektif.

“Kami akan mengaturkan Kaunter atau Meja Pengumpulan Bantahan Taksiran Semula Cukai Pintu MBKT di setiap Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Katanya, dalam tinjauan badan itu di Kampung Durian Burung sebagai contoh, telah ramai yang menerima notis serupa.

“Ada yang asal dulu kadar cukai pintu RM120 setahun, sekarang sudah meningkat luar biasa kepada RM768.00 dan Ini bererti kenaikannya adalah sebanyak 600 peratus” katanya.

Menurut beliau badan itu akan berikhtiar untuk membuat bantahan secara kolektif selepas semua prosedur bantahan individu secara bertulis telah dibuat oleh mereka berkenaan.

Mereka terbabit katanya perlu menubuhkan jawatankauas bertindak bagi mengurus berkaitan bantahan takrif baru cukai pintu tersebut di peringkat kampung masing-masing.




Sementar itu Haji Ahmad Amzad berkata, pada Forum Kos Sara Hidup anjuran Sukarelawan Pendidikan Rakyat Terengganu (KAWAN) yang diadakan di sini 26 April lalu, beberapa peserta telah membangkitkan kenaikan luar biasa taksiran cukai berkenaan di daerah tersebut tanpa diketahui sebabnya.

Katanya, ada di antara mereka yang sebelum ini membayar cukai sekitar RM100 setahun telah menerima taksiran baharu melalui Notis Semakan Senarai Nilaian dibuat oleh MBKT dengan kadar kenaikan sehingga RM600.

Sementara itu, di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), MBKT telah mengeluarkan Senarai Nilaian Baru 2015 di bawah Seksyen 141 (3) dan 142 (1) menyatakan bahawa majlis itu telah mengeluarkan nilaian tersebut dan semakannya boleh dibuat 15 Jun ini.

Menurut kenyataan majlis itu seseorang yang terkilan terhadap senarai nialian itu boleh membuat bantahan kepada Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang pada atau sebelum 2 Jun ini atas mana-mana daripada lima alasan termasuk bahawa sesuatu pegangan yang baginya dia dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan bayaran.

Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar, bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam senarai nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya dan bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar.

Atau bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

Selasa, 31 Disember 2013

Pemuda PAS Selar Pihak Memburukkan Perjuangan Menentang Kenaikan Kos Sara Hidup

KUALA TERENGGANU – Pihak yang berkuasa perlu membezakan antara hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun serta menyatakan pandangan dengan sebarang tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan Negara.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata rakyat mempunyai hak dalam menyatakan pandangan mereka, samada secara peribadi, ataupun secara himpunan kerana ia diizinkan oleh perlembagaan.
Beliau menegaskan, DPPM menyokong mana-mana pihak yang menyatakan pandangan dalam isu kenaikan, kenaikan harga barang dam kos sara hidup serta cukai GST yang akan dilaksanakan.
“saya nak tegaskan sekali lagi, bahawa kita perlu bezakan antara hak rakyat untuk berhimpun, untuk menyatakan pandangan mereka dengan tujuan yang bercanggah dengan perlembagaan,
tmp_IMG_20131228_172439-1089150397“bagi saya, kita menyokong mana-mana hasrat, niat dan tindakan yang mahu dilakukan oleh mana-mana pihak dengan tujuan untuk menyatakan pandangan mereka dalam isu yang kita bincangkan pada hari ini,
“berkait dengan isu kenaikan harga barang, kenaikan kos hidup, kemaikan tol dan juga kenaikan GST yang akan dikenalkan pada tahun 2015,”jelasnya pada sidang media bersama NGO Gerakan Anak Terenggani Insaf (Ganti) di sini semalam Ahad, 29 Disember.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan yang cuba menyekat Himpunan TURUN yang akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Menurutnya, isu-isu yang dinyatakan dan diperjuangkan oleh beberapa NGO adalah sauatu tindakan yang mulia dan berkait dengan bebanan hidup rakyat.
Oleh itu, katanya, rakyat mempunyai hak dalam menyatakan pandangan mereka, samada secara peribadi, ataupun secara himpunan yang diizinkan oleh perlembaggan Malaysia.
Beliau turut menyatakan kesal dan menyelar pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengaitkan hasrat mulia rakyat dengan menuduh ia satu tindakan melanggar undang-undang.
“Jadi, saya sangat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh setengah pihak yang tak bertanggungjawab yang mengaitkan hasrat rakyat dengan tujuan yang mulia,
“(dengan) perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan (salah disisi) perlembagaan Negara,”ujarnya.

Rabu, 25 Disember 2013

Akhirnya Mak Yam Pergi Dahulu!

BESUT – PAS Kawasan Besut berkongsi kesedihan di atas pemergian Makcik Yam dan berdoa semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh .
Yang DiPertuanya Ustaz Wan azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Mariam Yahya (Mak Yam) dan berharap mereka dapat bersabar menghadapi ujian.
Ustaz Wan azhar Wan Ahmad berkata, dalam situasi ini, kes yang telah dialami oleh Mak Yam harus dilihat secara menyeluruh bagi menangani masalah jenayah yang serius.
“Kes ini harus dilihat secara yang agak menyeluruh betapa masalah jenayah dalam negara kita harus diberi keutamaan.
“Jangan sampai rakyat berada dalam tekanan melampau sehingga mereka membuat kesimpulan bahawa negara kita sudah tidak selamat untuk masyarakat seperti mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi pihak kami setelah dimaklumkan Mak Cik Yam yang disamun seminggu lalu di Felda Tenang dekat sini, telah meninggal dunia pada jam 3 pagi hari ini.
Mak Cik Yam seorang wanita yang bisu parah, dipercayai dipukul penjenayah dalam kejadian jam 2.00 pagi, 17 Disember lalu, telah cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan.
Jiran-jirannya mendakwa, Allahyarham turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan.
Oleh itu, Ustaz Wan Azhar menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan menyiasat kes yang menimpa Mak Cik Yam dan membawa mereka yang menzalimi warga emas itu ke muka pengadilan.
“Saya menyeru pihak polis agar melakukan siasatan secara menyeluruh dalam kes ini, sehingga penjenayah yang zalim itu ditangkap dan didakwa serta dihukum,”tegasnya.
Beliau juga mendesak supaya, kerajaan negeri Terengganu menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri dan telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu.
Katanya, perlaksanaan undang-undang tersebut sudah menjadi satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan kejadian jenayah yang sudah tidak dapat dibendung lagi.
Beliau berkata, semua pihak, mahu tidak mahu, mesti menerima hakikat, undang-undang jenayah sedia ada telah gagal dalam melindungi rakyat.
“saya mendesak supaya kerajaan pusat memberi laluan dan kemudahan kepada kerajaan-kerajaan negeri melaksanakan undang-undang syariah,
“ia sudah menjadi satu keperluan bagi kita menyelesaikan masalah sosial akibat kejadian jenayah yang tidak mampu dibendung lagi oleh undang-undang sedia ada,”jelasnya.
Katanya, tidak ada apa-apa kerugian kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), sekiranya undang-undang syariah dilaksanakan, bahkan akan meningkatkan kepercayaan rakyat serta menambah tahap keimanan bagi orang-orang Islam.
“mengapa tidak dilaksanakan, beri peluang kepada syariah dan tidak ada siapa yang rugi……sedangkan kerajaan Brunei Darusslam boleh lakukan, mengapa tidak Malaysia,”tambahnya.
>>>>Artikel sebelum ini ; 
..

Mak Cik Yam Hanya Mampu Jadikan Lengannya Sebagai Perisai


Oleh; Wan Azhar Wan Ahmad
makcik yam1Ziarah di kamar Hospital Kota Bharu petang ini begitu menyentuh perasaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan yang dapat diluahkan apabila melihat sekujur tubuh yang amat lemah sedang bertarung menahan penderitaan hasil tindakan tidak berperikemanusiaan.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana tergamaknya dia dipukul, mulutnya disumbat dengan kain dan kakinya diikat kuat…. Bahkan dalam waktu yang sama dia tidak mampu untuk menjerit dan bersuara meminta pertolongan……..
makcik yam2Yang mampu dilakukan hanyalah dengan mempertaruhkan ke dua belah lengannya sebagai perisai untuk dia terus mempertahankan nyawanya di saat itu… Aku hanya mampu berbisik kepadanya :; “Sabarlah ibu, kami semua adalah saudaramu…”
Atas dasar tanggungjawab agama, dan makcik Yam adalah sebahagian daripada kita, saya merayu sumbangan daripada semua untuk urusan kebajikan beliau. Salurkan sumbangan tersebut melalui akaun Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut No; 13035010000053 BIMB, bermula 20-27 Disember 2013
**** Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad Adalah Yang DiPertua PAS Besut

Masa

Popular Posts

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top