Rabu, 25 Disember 2013

Akhirnya Mak Yam Pergi Dahulu!

6:45 PG

BESUT – PAS Kawasan Besut berkongsi kesedihan di atas pemergian Makcik Yam dan berdoa semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh .
Yang DiPertuanya Ustaz Wan azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Mariam Yahya (Mak Yam) dan berharap mereka dapat bersabar menghadapi ujian.
Ustaz Wan azhar Wan Ahmad berkata, dalam situasi ini, kes yang telah dialami oleh Mak Yam harus dilihat secara menyeluruh bagi menangani masalah jenayah yang serius.
“Kes ini harus dilihat secara yang agak menyeluruh betapa masalah jenayah dalam negara kita harus diberi keutamaan.
“Jangan sampai rakyat berada dalam tekanan melampau sehingga mereka membuat kesimpulan bahawa negara kita sudah tidak selamat untuk masyarakat seperti mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi pihak kami setelah dimaklumkan Mak Cik Yam yang disamun seminggu lalu di Felda Tenang dekat sini, telah meninggal dunia pada jam 3 pagi hari ini.
Mak Cik Yam seorang wanita yang bisu parah, dipercayai dipukul penjenayah dalam kejadian jam 2.00 pagi, 17 Disember lalu, telah cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan.
Jiran-jirannya mendakwa, Allahyarham turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan.
Oleh itu, Ustaz Wan Azhar menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan menyiasat kes yang menimpa Mak Cik Yam dan membawa mereka yang menzalimi warga emas itu ke muka pengadilan.
“Saya menyeru pihak polis agar melakukan siasatan secara menyeluruh dalam kes ini, sehingga penjenayah yang zalim itu ditangkap dan didakwa serta dihukum,”tegasnya.
Beliau juga mendesak supaya, kerajaan negeri Terengganu menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri dan telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu.
Katanya, perlaksanaan undang-undang tersebut sudah menjadi satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan kejadian jenayah yang sudah tidak dapat dibendung lagi.
Beliau berkata, semua pihak, mahu tidak mahu, mesti menerima hakikat, undang-undang jenayah sedia ada telah gagal dalam melindungi rakyat.
“saya mendesak supaya kerajaan pusat memberi laluan dan kemudahan kepada kerajaan-kerajaan negeri melaksanakan undang-undang syariah,
“ia sudah menjadi satu keperluan bagi kita menyelesaikan masalah sosial akibat kejadian jenayah yang tidak mampu dibendung lagi oleh undang-undang sedia ada,”jelasnya.
Katanya, tidak ada apa-apa kerugian kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), sekiranya undang-undang syariah dilaksanakan, bahkan akan meningkatkan kepercayaan rakyat serta menambah tahap keimanan bagi orang-orang Islam.
“mengapa tidak dilaksanakan, beri peluang kepada syariah dan tidak ada siapa yang rugi……sedangkan kerajaan Brunei Darusslam boleh lakukan, mengapa tidak Malaysia,”tambahnya.
>>>>Artikel sebelum ini ; 
..

Mak Cik Yam Hanya Mampu Jadikan Lengannya Sebagai Perisai


Oleh; Wan Azhar Wan Ahmad
makcik yam1Ziarah di kamar Hospital Kota Bharu petang ini begitu menyentuh perasaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan yang dapat diluahkan apabila melihat sekujur tubuh yang amat lemah sedang bertarung menahan penderitaan hasil tindakan tidak berperikemanusiaan.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana tergamaknya dia dipukul, mulutnya disumbat dengan kain dan kakinya diikat kuat…. Bahkan dalam waktu yang sama dia tidak mampu untuk menjerit dan bersuara meminta pertolongan……..
makcik yam2Yang mampu dilakukan hanyalah dengan mempertaruhkan ke dua belah lengannya sebagai perisai untuk dia terus mempertahankan nyawanya di saat itu… Aku hanya mampu berbisik kepadanya :; “Sabarlah ibu, kami semua adalah saudaramu…”
Atas dasar tanggungjawab agama, dan makcik Yam adalah sebahagian daripada kita, saya merayu sumbangan daripada semua untuk urusan kebajikan beliau. Salurkan sumbangan tersebut melalui akaun Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut No; 13035010000053 BIMB, bermula 20-27 Disember 2013
**** Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad Adalah Yang DiPertua PAS Besut

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top