Satu persatu perkembangan yang berlaku dalam negara menunjukkan kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan pengguna ekoran pengenaaan Cukai GST yang secara mendadak terus dgn kadar yg tinggi di awal pengenalannya, kenaikan tarif elektrik, kadar tol, sedang menyusul perbagai tuntutan kenaikan harga bagi pelbagai kadar tambang bas dan teksi termasuk bas sekolah, bahkan harga bongkah ais untuk minumanpun terdapat laporan kenaikan harga yang tidak sedikit.
Semua ini adalah tekanan yang menunjukkan tangunggan kehidupan yang suram perlu dilalui rakyat bagi tahun 2004.
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh para menteri yang berkaitan bagai memaksakan keputusan mereka kepada rakyat.
Maka diumumkan, sehubungan dengan perhimpunan Tahun Sengsara Rakyat 2014 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31hb Disember 2013, GANTI akan turut menganjurkan Flashmobe pada tarikh yang sama bertempat berdekatan Air Pancutan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terenganu pada pukul 5 petang sebagai satu cara ekspresi bantahan rakyat terhadap bebanan-bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat.
Sehubungan dengan itu saya menyeru seluruh rakyat Terengganu meluangkan masa untuk menyertai Flashmobe yang berkenaan bertujuan memberi isyarat yang jelas kepada pihak berkuasa bahawa rakyat tidak bersetuju dengan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan secara satu persatu yang nampak secara jelas sedang memberi kesan kepada kos kehidupan rakyat secara keseluruhannya.
Sekian, dengan hormatnya dan terima kasih.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf-GANTI
GANTI DENGAN RAHMAT UNTUK SEMUA
Khamis, 26 Disember 2013
- Home /
- Aktivi GANTI /
- KENYATAAN MEDIA : 31 Dec 2013 - Flashmobe berdekatan Air Pancutan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
KENYATAAN MEDIA : 31 Dec 2013 - Flashmobe berdekatan Air Pancutan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
10:09 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan