Jumaat, 12 Februari 2016

Isteri Haji Ahmad Amzad Meninggal Dunia

9:30 PTG

KUALA TERENGGANU – Perkhabaran yang menyedihkan baru diterima, memaklumkan al-marhum Cikgu Suriati Abidin, isteri kepada Pengarah Jabatan Penerangan PAS Haji Ahmad Amzad Hashim baru menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.
Beliau meninggal dunia pada kira-kira pada jam 6.05 minit petang hari ini Jumaat di Hospital Selayang, selepas menjalani pembedahan kerana sakit barah pankreas.
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan seluruh keluarga besar PAS mengucapkan takziah kepada Haji Ahmad Amzad Hashim atas kehilangan isteri yang dikasihi.
IMG-20160212-WA0090“Atas nama YDP dan seluruh ahli jawatankuasa PAS KT, saya ucap takziah kepada Haji Ahmad Amzad dan keluarga atas pemergian isteri beliau.
“Semoga arwah diampunkan dosanya dan ruhnya ditempatkan bersama para sholihin, dan kami harap bersabar dan tabah hadapi ujian ini'”ujarnya ketika dihubugni.
Wan Sukairi turut menyeru semua ahli dan penyokong PAS beramai-ramai menunaikan solat jenazah pada esok selepas solat zohor di masjid lama, Durian Burong
Maklumat yang diterima, jenazah al-marhum akan dibawa pulang dan disemadikan di Terengganu
Seluruh warga kerja Buletinonline nmengucapkan takziah kepada Haji Amzad sekeluarga

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top