Jumaat, 12 Februari 2016

Isteri Penasihat GANTI Meninggal Dunia

9:16 PTG

TAKZIAH KEPADA HJ Ahmad Amzad Hashim DAN KELUARGA !
Di belakang seorang lelaki yang hebat itu ada perempuan yang lebih hebat. Takziah diucapkan kepada Tn Hj Amzad atas kematian isterinya pada jam 6:05 ptg tadi (12 Feb 2016) di Hospital Selayang.

Tentunya di sana ada hikmah yang besar di atas berlakunya ujian yang besar ini pada Hj Amzad dan keluarga beliau. Kita berharap dan mendoakan agar Hj AMZAD dan keluarga tabah dan sabar di dalam menghadapi ujian ini.
Mari kita mendoakan agar ruh isteri Hj Amzad ditempatkan bersama para auliaya dan sholihin. Semoga Allah s.w.t mengampunkan semua dosa dosa almarhumah.
Insyaallah beramai ramai kita solarkan jenazah almarhumah esok selepas zohor di Masjid Lama, Durian Burong.

-------------------------------------------------------------------


Semoga Allah tempatkan Serikandi Tn Hj Amzad ditempat yg mulia bersama Serikandi pejuang agama Allah. Siapalah seorang pejuang tanpa isteri solehah di sisi.
Perginya di penghulu hari, Jumaat 12 Februari menjadi saksi.....pinjaman usiamu kini kembali kepada Illahi.
Perginya setahun selepas perginya Murabbi kami Tok Guru Nik Aziz.
Ya Allah tempatkan isteri sahabatku di sebalik tempat....
Ya Allah, tabahkan sahabatku seperti mana tabahnya Rasulullah menerima kewafatan Khadijah...
Ya Allah berikan Lah kekuatan kepada keluarganya menerima pemergiannya...
Ya Allah...Ya Rahman... Ya Rahim... Perkembangan rintihan kami utk sahabat kami.....
Amin Ya Allah, amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim...

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top