Isnin, 30 Disember 2013

Ganti Kuala Terengganu

7:51 PG

Lepak Santai Ganti (2) : TEMA: MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT - TARIKH: Sabtu 11hb. Januari 2014 - 3.30petang - 5.30petang - TEMPAT: DB SPORT CENTRE,Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.


Tarikh: 5hb. Januari 2014
KENYATAAN MEDIA
PROGRAM LEPAK SANTAI GANTI 2 PERINGKAT KUALA TERENGGANU SERTA
KEJOHANAN FUTSAL GANTI TERBUKA KUALA TERENGGANU 2014

TEMA: MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT
TARIKH: Sabtu 11hb. Januari 2014 
3.30petang - 5.30petang
TEMPAT: DB SPORT CENTRE,Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.


Assalamua’laikum Wrt. Wb.
Untuk makluman, susulan kejayaan Program Lepak Santai GANTI 1 Peringkat Kuala Nerus yang membawa tema Bela Usahawan Melayu, Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) akan mengadakan program LEPAK SANTAI GANTI 2 KUALA TERENGGANU bertemakan MUAFAKAT BANTERAS GEJALA REMPIT pada hari Sabtu 11HB Januari 2014 jam 3.30petang hingga 5.30petang bertempat di DB SPORT CENTRE, Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.
Turut memeriahkan acara pada hari tersebut ialah kejohanan futsal GANTI yang akan disertai oleh 24 pasukan bermula jam 8.00pagi hingga jam 3.30petang dengan kerjasama DACS Kuala Terengganu. Kejohanan ini menawarkan Hadiah Piala Pusingan, Wang Tunai dan Hamper.
Selaras dengan falsafah NGO GANTI yang berslogankan Amar Makruf Nahi Mungkar, GANTI menjemput dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menyertai majlis LEPAK SANTAI GANTI 2. 

Semoga program ini dapat menyedarkan kita bahawa gejala rempit dan sosial ini kini telah menjadi ancaman kepada seluruh masyarakat dari segi keselamatan dan kebebasan terutamanya kepada pengguna jalanraya. Program ini juga bertujuan memberi ilmu dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani isu gejala rempit. Semoga ianya juga memberi manafaat dari segi imej kerjasama,kesetiakawan,kesefahaman, kejiranan dan perpaduan di kalangan masyarakat. Program ini juga diharap memberi ruang kepada masyarakat membantu pihak PDRM dalam menangani gelaja rempit.

Jemputan untuk turut serta dalam bual bicara LSG 2 adalah kepada semua peringkat umur, pimpinan masyarakat, NGO, ibubapa dan golongan belia.

Antara tetamu ahli panel yang dijangka akan hadir untuk menjayakan majlis ini ialah YB Dato Raja Kamarul Baharin(Ahli Parlimen Kuala Terengganu),YB Ustaz Hishamudin Abd Karim(Adun Tepoh merangkapTimbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu) dan wakil Ketua Polis Terengganu. Ustaz Zool Amali, seorang penggiat program motivasi meningkat naik akan menjadi moderator bagi program berkenaan.

Sekian dengan hormatnya, terima kasih
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf(GANTI)
GANTI MENGAJAK PERUBAHAN

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top