Selasa, 10 Disember 2013

Isu Sabasun 1 hampir selesai.

8:36 PG

TAHNIAH GANTI. Saya baru berhubung dgn En Salmi dan dia ucapkan banyak2 terima kasih dan sokong usaha BELA USAHAWAN MELAYU. Untuk sekarang yang berada di bawah skop MBKT dia akan comply. Macam saya berulang2 kali tegaskan, isunya bukan masalah semata2 birokrasi di MBKT. Isunya adalah dasar dan sikap pemimpin yang diterjemah oleh penjawat awam dalam kerangka birokrasi. Sekarang soal tanah milik Sabasun2 seluas 10.5 ekar MBKT tak boleh buat apa-apa. 
Hanya UPEN yang boleh ubah keputusan beri kepada tokey cina Johor yang akan bina Bandar Baru Perkasa Alam tu. Sekali lagi adakah kalau usahawan seperti Salmi yang berulangkali tulis surat rayuan macam pengemis di negeri sendiri buat diam-diam, adakah isu ini akan selesai? Tak...akan disembunyikan bawah carpet dan Salmi akan tanggung sorang2. Kita tuntut UPEN supaya betulkan keadaan. Benarkan Tuan Tanah kemukakan perancangan pembangunan tanahnya sendiri dulu supaya boleh dimasukkan bersekali dlm Pelan Pembangunan Bandar Baru Perkasa Alam. Kalau tuan tanah tak ada perancangan, baru boleh ambil.

GANTI tetap akan teruskan beri tekanan agar masalah-masalah usahawan2 seperti SABASUN, peruncit2, peniaga2 Pasar Payang, Pasar Chabang Tiga, Pasar Borong Gong Pauh, pasar2 malam diambil berat serta agar kerajaan lebih bersikap penyayang dan membantu.
Untuk itu GANTI juga bekerjasama rapat dgn YB Al Fadhil Ustaz Redzuan Hashim, ADUN Teluk Pasu yang akan ambil tanggungjawab bersuara di Dewan Undangan Negeri berkenaan soal keusahawanan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top