Selasa, 14 Januari 2014

Kelahiran Muhammad SAW Membawa ‘Rahmat Untuk Semua’

9:35 PG

KEMASKINI – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam mahu pun bukan Islam di seluruh dunia kerana merasai rahmat dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh Allah SWT, pencipta langit dan seluruh alam.
Perkara yang amat penting dengan kelahiran nabi Muhammad SAW adalah, supaya seluruh manusia dapat mengambil jalan dari petunjuk yang ditinggalkan oleh baginda SAW dan menjadikan mukjizat baginda yang masih ada bersama kita iaitu al-Quran dan sunnahnya sebagai panduan hidup.
Jadikan Islam yang dibawa oleh baginda SAW sebagai agama penyelamat kehidupan dunia dan akhirat, bukan hanya mengamalkan Islam sebagai ‘agama’ ibadat dan perayaan semata-mata.
Islam juga membawa rahmat dan bukan membebankan ummah dengan pelbagai cukai seperti diamalkan kapitalis, sebagaimana diucapkan Umar Abdul Aziz “RasuluLlah SAW membawa Islam, bukannya pemungut cukai”, sehingga Allah melimpahkan keberkatakan sepanjang pemerintahan beliau, menjadi maju dan sejahtera.
satifulOleh itu jadikanlah Islam sebagai sistem hidup yang mencakupi soal ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan dan kehakiman, serta politik dan pemerintahan.
Janganlah hanya sekadar memuja dan memuji nabi SAW sempena maulidnya sahaja, sebagaimana Abu Jahal yang merayakan kelahiran anak saudaranya dengan meyembelih beberap ekor unta.
Bahkan Abu Lahab yang terlalu gembira dengan kelahiran Muhammad SAW, lalu membebaskan dan memerdekakan Tsuwaibah  (hambanya), kemudian berarak menuju Kaabah.
Namun akhirnya, kedua-duanya Abu Jahl dan Abu Lahab memusuhi nabi dari bangsnya sendiri itu dan menjadi penentang ‘tegar’ ajaran Islam yang dibawa oleh RasuluLlah SAW.
Marilah kita bersama-sama dengan perjuangan RasuluLlah SAW, menegakkan Islam sebagai menjadi agama yang bernegara dan berdaulat sebagaimana Madinah al-Munawwarrah, meskipun baginda terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya Makkah al-Mukarramah.
Justeru, meneladani baginda RasuluLlah SAW yang sanggup mengorbankan segala harta benda mahu pun jiwa raga, demi kesejahteraan ummah didunia serta kehidupn akhirat yang kekal abadi.
Salam MaulidurRasul, semoga ia menjadi ‘Rahmat Untuk Semua’
YB Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
12 Rabi’ulAwwal, 1435H bersamaan 14 Januari, 2014

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top