Isnin, 13 Januari 2014

Ahmad Said Dinasihatkan Supaya Bertaubat

9:36 PG

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak ke daerah Kemaman.
Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat DUN Chukai dan yakin pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Najib adalah hasil duit rakyat, bukannya wang Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Bagi pihak saya dan seluruh rakyat kemaman, yang pertamamnya, mengucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri bersedia menyampaikan bantuan,
“yang mana bantuan ini saya yakin ianya daripada pembayar-pembayar cukai dan juga penderma-penderma daripada kerajaan dan kerajaan memberi balik kepada rakyat yang mengalami musibah di Kemaman,”ujarnya ketika ditemui dirumahnya semalam, Ahad 12 Januari.
Hj Hanafiah1Namun begitu, beliau kesal dengan ucapan Menteri Besar Terengganu yang disifatkannya sangat menyeleweng sebagai seorang Islam.
Beliau menyarankan Ahmad Said bertaubat kerana menurutnya, ucapan yang sombong dan angkuh seperti itu bukan sahaja mengelirukan bahkan bolehmenyebabkan gugurnya ‘syahadh’ seseorang.
“Hari ini juga ramai orang datang berjumpa dengan saya, memberitahu bahawa ucapan MB Terengganu sangat menyeleweng.
“Saya berasa sangat berdukacita dan kesal dengan ucapan ini dan saya mohon supaya MB bertaubat kepada Allah serta jangan angkuh dan sombong kerana MB berkata ‘kerana pembangkang menanglah di Kemaman ini maka banjir besar berlaku’,”jelasnya.
Haji Hanafiah yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman menggesa Ahmad merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah as-Saba dalam ayat 15 dan 16 yang menyatakan jelas kepada banjir ini datang daripada Allah, apabila manusia sudah lupa dan lalai kepada Allah.
Katanya, dalam surah Nuh juga, Allah menceritakan bahawa apabila manusia melakukan kejahatan lalu Allah datangkan musibah supaya manusia itu sedar dan beriman kepada Allah.
“Jelas ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah menyatakan bahawa banjir ini adalah datang daripada Allah. Bukan kerana PAS menang ataupun bukan parti-parti lain ataupun perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan banjir.
“ Ini saya rasa satu kenyataan yang sangat mendukcitakan sama ada kepada umat Islam di Terengganu ataupun di seluruh Malaysia,”tegasnya

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top