Selasa, 3 Disember 2013

Tafsir Surah Attaubah ayat 73-79

7:31 PG

TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA
Assalamualaikum Wrt Wb.
Hari ini saya sempat ikuti tafsir surah Attaubah ayat 73-79 di Kuliah Subuh Masjid At Taqwa Kg Durian Burung, Kuala Terengganu seperti saya selitkan pada foto. Cuba baca dan hayati maksudnya yg mudah, jelas dan tidak tersirat.


Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan balik ketika kita tiada apa2, kita merayu2 berdoa minta mcm2 kpd Allah. Nak senang. Nak kaya. Nak jawatan dan pangkat. Kita janji mcm2.
Bila Allah SWT perkenankan kita berubah jadi orang bakhil, jadi orang zalim, jadi org munafik yg menentang Allah SWT.
 
Mencela2 dan memperlekeh usaha maaruf yg dibuat orang. Mencari2 jln menyusahkan orang.
Allah SWT beri amaran, Allah Maha Mengetahui apa yg cuba dirahsiakan dalam hati walau kita boleh reka seribu alasan itu dan ini nak kata kita betul.


Ingat, siksaan Allah SWT amat berat. Tak di dunia, di akhirat sudah pasti.
Lahir kita fakir tak berpakaian. Kembali kita pun fakir.

Maka janganlah sekali kali kita cuba menongkat langit.
GANTI akhlak kita yg buruk dgn yg baik.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top