Isnin, 2 Disember 2013

Isu Sabasun – Kerajaan Negeri Langgar Garis Panduan

8:36 PTG


Raja Bahrin1KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno yang banyak melanggar peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Katanya, beliau telah membuat ucapan rasmi di Parlimen dan memberitahu seluruh Menteri Umno peringkat pusat betapa teruknya pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
“Dan isu ini (Sabasun) kita telah bawa ke parlimen, saya sendiri telah membawa isu ini ke parlimen. Dan kita telah menekan habis-habisan kementerian yang berkenaan,
“(saya persoalkan) kenapakah Sabasun diberi layanan sedemikian rupa?,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penganiyaan kerajaan negeri Terengganu terhadap pasaraya Sabasun yang dimiliki penuh oleh orang Melayu Islam dan anak jati negeri Terengganu.
Katanya, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa satu pasaraya besar hanya boleh dibangunkan dalam kawasan jumlah penduduk seramai 350,000 orang.
Namun, kerajaan Terengganu telah melanggar garis panduan itu, bukan hanya membenarkan satu, tetapi tiga pasaraya dibina dalam jarak yang terlalu hampir.
“Mengapa garis panduan yang diguna pakai oleh pihak kementerian ? contohnya garis panduan dia cakap, sebuah pasaraya kena ada 350,000 orang baru boleh (satu pasaraya besar),
“kalau tengok (di) Terengganu, Mydin ada, Giant ada, Sabasun ada, kalau 350,000 kali 3 , sudah 1 juta orang lebih, lebih kurang sama dengan kuantiti penduduk negeri Terengganu,”
Beliau melahirkan rasa hairan, mengapa kerajaan Terengganu memberikan kelulusan pembinaan pasaraya-pasaraya ini, selepas Sabasun memulakan perniagaan.
Menurutnya, bagaimana kerajaan menetapkan ukuran persaingan, dengan tidak mengambil kira perniagaan kecil yang banyak di Kuala Terengganu.
Akibatnya, kata beliau, ramai peniaga runcit kecil-kecilan telah’gulung tikar’ dan terpaksa menutup perniagaan, angkara pentadbiran yang tidak ‘cerdik’ kerajaan negeri.
Malangnya, kata beliau, iktibar yang berlaku di Bandar Kuala Terengganu, tidak diambil dan kerajaan terus melkakukan kesilapan yang sama di Wakaf Tembesu.
“bila Sabasun buka di Wakaf Tembesu, tiba-tiba kerajaan sudah luluskan Giant dan nampaknya Mydin pula akan ‘naik’ dalam lingkungan tak sampai 5 kilometer antara satu sama lain,
“paling menyedihkan, Sabasun yang meneroka perniagaan di sana, milik Melayu, milik Islam, tidak diluluskan permohonannya, bahkan tanah milik Sabasun pula akan dirampas dan dicadangka untuk diberikan kepada orang asing,”ujarnya kesal.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

1 ulasan:

  1. Surat Hamba Allah kepada Datuk Bandar MBKT. Semoga mendapat keredhaan Allah Taala

    http://sahajaakumenulis.blogspot.com/

    BalasPadam

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top