Agenda
memperkasakan ekonomi orang Melayu dan orang Islam sebenarnya sangat
terpinggir di bawah kepimpinan Perdana Menteri DS Najib.
Apa
yang berlaku di Terengganu, tekanan demi tekanan yang diterima oleh
pelbagai kelompok usahawan Melayu/Islam, sama ada peruncit dan pemborong
(malah rangkaian runcit kelolaan kerajaan Terengganu T-Shoppe pun),
peniaga2 Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh dan Pasar Chabang Tiga,
kelompok peniaga2 Pasar Malam, Sabasun, kontraktor kelas F yang besar
jumlahnya, pengusaha perkapalan, pengusaha bot nelayan dan pelbagai lagi
yang keseluruhannya membentuk jaringan ekonomi orang Islam/melayu
sebenarnya bagai bom jangka, tekanan yang menghimpit kehidupan para
usahawan.
Kelulusan pembukaan pasaraya-pasaraya besar tanpa
kawalan membunuh daya saing peruncit tempatan. Tapak2-tapak pusat orang
Melayu berniaga dibubarkan untuk beri ruang orang asing buat bangunan2
yg akhirnya orang melayu terpinggir dari segi pemilikan. Pasar Chabang
sudah berlaku. Pasar Payang tak lama lagi. Pasar Borong Gong Pauh
bagaikan anak tiri, dhaif serba serbi. Pasar malam, kejap ke sana-kejap
ke sini. Persatuan Perlancongan pun tak boleh senaraikan Pasar Malam
sebagai tarikan kerana tak pasti tempat dan masa. Nanti print pamplet
risalah banyak2, bila pelancong tiba, nanti dah pindah ke lain lokasi
lagi.
Nasib pengusaha perkapalan yg 100% orang melayu, yang
industrinya bernilai puluhan, malahan ratusan juta ringgit setahun di
muara Sungai Terengganu lagi kelihatan muram. Masa nak luluskan projek
memperdalamkan muara sungai, bina benteng pemecah ombak terbesar di Asia
Tenggara bernilai hampir RM500juta, bukan main dilagu dan iramakan
bahawa projek tersebut bertujuan utk meningkatkan industri maritim, biar
melayu boleh buat kapal RMbillion2 pula lepas ini di muara Sungai
Terengganu. Orang bot nelayan gembira, laluan kapal sudah dalam, tiada
lagi masalah bot ikan keluar dan masuk.
Sekarang, pentadbiran
UMNO buat kerja gila lagi, dibuat penambakan tanah(tebus guna sungai)
pula secara tiada kawalan. Ke mana JPS yg selalunya peka soal2
penambakan ini? Saya cabar JPS buat kenyataan yang kerja penambakan
sungai secara besar-besaran oleh kerajaan UMNO pimpinan MB DS Ahmad Said
ini tidak menjahanamkan pelaburan asal RM500 juta terdahulu untuk
memperdalamkan muara sungai dan melindungi laluan perkapalan dengan
benteng pemecah ombak!!! Sehingga bakal memusnahkan legasi industri
perkapalan yang paling tua di Malaysia sejak 1953 oleh Bagan Latihan
Rida. Ketika itu, British yang kafir itupun lebih percayakan kemahiran
orang Terengganu untuk buat pelaburan membina limbungan perkapalan di
Kampung Hiliran, Kuala Terengganu, berbanding Singapura atau Kelang.
Lumut tu, cuma akhir-akhir ini saja.
Itu belum menyentuh kerja
gila selanjutnya dengan cadangan Jambatan pintas dari Kuala terengganu
ke Seberang Takir, konon mechanisme jentera mekanikal akan dipasang
ditengah jambatan supaya ia boleh diangkat jika kapal nak lalu. Berapa
juta pula kos nak oprate jentera sebesar itu setiap bulan dan kos
selenggaraan. Atau pakai setahun lepas itu biarkan berkarat kerana tak
tahan dengan kos yang tinggi. Akhirnya sempurna agenda membunuh hayat
dan potensi muara Sungai Terengganu sebagai nadi ekonomi orang melayu
sejak dahulu.
Dengan membazirkan ratusan juta wang rakyat
kepada projek-projek tertentu untuk diberikan kepada kroni-kroni
tertentu telah menutup ruang cari makan kepada bukan sedikit kontraktor
kelas F. `Luga'(loyar mulut) rasanya kalau nak diulas lanjut.
Dulu sekurang-kurangnya ada Kementerian Pembangunan Usahawan, yang
menjadi tempat mengadu nasib. Kini tiada lagi. Lihat saja senarai
portfolio menteri kabinet 2013.
Cuma satu skop tugas diberi
kepada salah seorang Menteri yg jika kita teliti barisan portfolio yg
ada, kita pun tak tahu tanggungjawab siapa.
Penyakit yang sama
berjangkit kepada Menteri Besar Terengganu yg dilantik DS Najib, juga
mengabaikan portfolio penting yang perlu dipertahan orang melayu/Islam
bila membentuk barisan Exconya. Iaitulah Agama.
Ekonomi dan Agama Islam adalah bersabit kepentingan bangsa dan agama. Itupun diambil mudah. Oleh UMNO lah . Siapa lagi.
Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf - GANTI
GANTI Yang Khianat dengan Yang Amanah!!!
Rabu, 4 Disember 2013
DOSA UMNO TERENGGANU TERHADAP USAHAWAN MELAYU TEMPATAN
7:06 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan