Rabu, 4 Disember 2013

Umno suntik RM40 juta lagi, kuasai 67.2% Utusan Melayu

8:39 PTG

Populariti Utusan Malaysia semakin merosot berbanding empat akhbar berbahasa Melayu tempatan yang lain. Gambar fail.Populariti Utusan Malaysia semakin merosot berbanding empat akhbar berbahasa Melayu tempatan yang lain. Gambar fail.Umno akan menyuntik RM40 juta lagi ke dalam Utusan Melayu (M) Berhad melalui cadangan dua panggilan terbitan hak, lapor The Edge, edisi 18-24 November.
Urus niaga ini akan menjadikan pegangan Umno dalam syarikat penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia itu daripada 49.8% kepada 67.2% jika lain-lain pemegang saham tidak berminat mendapatkan bahagian mereka dalam terbitan hak itu.
Selain kemerosotan pembaca, Utusan juga sering kalah dalam saman yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadapnya menyebabkannya kehilangan ratusan ribu ringgit setahun.
Menurut media perniagaan itu, populariti Utusan Malaysia juga merosot teruk berbanding empat akhbar berbahasa Melayu dan hanya meraih 11.1% jumlah pembaca akhbar Melayu berbanding Harian Metro (46.2%), Berita Harian (20.8%), Sinar Harian (15.8%) dan Kosmo! (15.2%).
Antara pemegang saham Utusan Melayu (M) Bhd ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary melalui Nilam Setar (M) Sdn Bhd dengan 14.8% ekuiti, lapor Harakahdaily.
Syarikat tersebut tidak membayar sebarang dividen sejak 2008 akibat kelemahan prestasi kewangan dan operasi.
Walaupun mendapat sokongan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diarah membeli ruangan iklan di akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, syarikat milik Umno itu mencatat kerugian RM9.63 juta bagi suku ke-4 tahun kewangan 2012.
Syarikat itu terus mencatat kerugian bagi suku pertama tahun kewangan 2013 berjumlah RM8.81 juta.
Keuntungan yang dicapai syarikat pada suku kedua tahun kewangan 2013 berjumlah RM1.92 juta lebih disumbangkan oleh faktor Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keuntungan itu menjadikan kerugian bersih ditanggung syarikat bagi tempoh setengah tahun kewangan 2013 kepada RM7.56 juta berbanding kerugian bersih RM11.12 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, Utusan Melayu memaklumkan bahawa suntikan RM40 juta itu akan digunakan bagi membiayai perbelanjaan modal dan modal kerja syarikat. 
Utusan dikenali umum sering menerbitkan berita yang cenderung kepada Umno dan kerajaan BN dan kalah dalam banyak saman fitnah yang difailkan para pemimpin Pakatan Rakyat di mahkamah. – 4 Disember, 2013.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top