Selasa, 23 September 2014

Pertukaran MB berlaku kerana politiking dalaman PKR. -

10:46 PG

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Dari awal lagi kita dah tahupun soal pertukaran Menteri Besar Selangor bukan isu kepentingan rakyatpun. Presiden PAS awal2 lagi sudah hidu perkara ini.

Pertukaran MB berlaku kerana politiking dalaman PKR. Itu sahaja. Yang diheret sama adalah rakan rakan Pakatan Rakyat PAS dan DAP. Yang habis rosak diracun fikiran adalah rakyat. Bukan sahaja rakyat Selangor, tapi seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti bagaimana media alternatif yg dikuasai penyokong Anwar dikerah menghodohkan Tan Sri Khalid dan PAS yg sejak awal mempertahankan sehinggalah tiada pilihan bila Tan Sri Khalid dipaksa menjadi ADUN bebas kerana pemecatan dari PKR.

Kalau Tan Sri Khalid Ibrahim betul2 korup, beliau tidak akan mendapat penghormatan sebegitu besar seperti ditunjuk dlm majlis perpisahan yg diatur sbg kejutan untuk beliau kelmarin. Yang disifatkan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor Dato Khusrin sepanjang tempoh 30 tahun beliau berkhidmat di Selangor tak pernah tengok suasana penghormatan begitu kpd mana2 MB Selangor.

Keputusan Sultan memperkenankan Azmin sbg menteri besar menjawab beberapa persoalan.

Pertama ketika PKR memutuskan nama untuk dicalonkan sbg mb, Azmin sejurus kepulangan dari umrah bertanya kpd Anwar mengapa cuma Wan Azizah dan langsung tak ambil kira kemahuan PKR Selangor yg diketuainya? Jawapan yg diberi oleh Anwar mengikut Azmin sendiri adalah "bagaimana nak cadangkan Azmin, sebut nama Azmin kpd DS TGHA sendiri pun dah tak diterima.." Sehinggalah Azmin bertanya sendiri kpd DS TGHA utk kepastian betulkah begitu sekali DS TGHA menolak beliau. Yang dijawab oleh TGHA bahawa beliaupun hairan mengapa PKR langsung tak pertimbangkan Azmin? Malah DS TGHA sendiri ekoran titah Tuanku Sultan yang mahukan diserah pilihan lebih dari 2 nama telah memasukkan nama Azmin. Bukan nama lain dari PKR.

Yang sangat2 tak mahukan Azmin adalah pemimpin2 atasan PKR sendiri.

DAP hanya menurut sahaja. Anwar kata A, A lah. Kata B, B lah. Sebab kerajaan Pulau Pinang akan runtuh tanpa sokongan ADUN PKR.

Jelas. Isu MB Selangor bukan soal kepentingan rakyat. Tapi medan perang politik dalaman PKR yang sengaja mereka wujudkan dengan jenama 'untuk kepentingan rakyat'.

Sultan Selangor sendiri tak terlepas dari tohmahan jahat kononnya bersekongkol dengan UMNO untuk hancurkan PR. Samalah dengan ratib kumpulan ini yang memfitnahkan PAS.

Sekarang perlantikan Azmin terbukti Sultan bertindak mengatasi urusan politik (above politics). Jika Sultan mahu memberikan kelebihan politik kepada UMNO, Sultan punya banyak 'moments' tertentu yg boleh justifikasikan tindakan tidak memperkenankan ADUN PKR sebagai MB. Atau membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri yang baru.

Untuk ahli PAS, adakah ini bermakna orang PAS adalah penyokong Azmin Ali.
Jawabnya tidak. Orang PAS adalah penyokong PAS. Dan PAS telah buat keputusan mendokong Pakatan Rakyat. Dalam berdepan isu MB Selangor yang dicetuskan oleh politik dalaman PKR, soal perlantikan MB Selangor PAS serahkan kepada kebijaksanaan Sultan kerana DS TGHA pun dari awal telah beri pandangan beliau yg tersendiri kpd Sultan.

PAS tak pelahap jawatan MB. Kerana itu tiada keperluan DS TGHA berkampung dan berkubu di Malaysia menunggu dengan penuh harapan agar ADUN PAS yang diperkenan Sultan.

Malah DS TGHA saat ini menumpukan kepada urusan ummah yg lebih besar diperingkat antarabangsa di Sidang Doha Kesatuan Ulama Sedunia yg beliau adalah Timbalan Presidennya yang setia mendokong Presidennya Sheikh Yusof Qardhawi. Bukannya menyusahkan bosnya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top