Khamis, 25 September 2014

GANTI KECAM KENYATAAN TIADA PETROLEUM DI TERENGGANU DAN KELANTAN

10:30 PG

KENYATAAN MEDIA : 25HB SEPTEMBER 2014

Ahmad Amzad HashimSaya merujuk kepada laporan utama akhbar Berita Harian yang melaporkan kenyataan Jawatan Khas yang bermaksud Kelantan dan Terengganu tiada hasil petroleum.

Saya cabar kerajaan buat kenyataan yang sama kepada Sabah dan Sarawak dan jangan 'double standard' dalam layanan terhadap perjanjian Petronas dengan negeri negeri pengeluar yang menggunakan teks perjanjian yang sama dan rujukan akta yang sama.

Jika Kelantan dan Terengganu bukan negeri pengeluar petroleum, atas alasan apa sejak perjanjian ditandatangani Petronas tidak pernah mungkir untuk buat bayaran yg dikira merujuk kepada peruntukan perjanjian selama berpuluh tahun kepada Terengganu sejak tahun 1970an lagi?

Jika Kelantan dan Terengganu bukan negeri pengeluar petroleum, apa perlu ada perjanjian berkenaan dengan negeri berkenaan. Adakah perjanjian yang sama ada dengan semua negeri dalam Malaysia?
Tun Salleh Abbas bekas Ketua Hakim Negara adalah peguam yang membuat deraf perjanjian berkenaan. Beliau telah terlibat langsung dalam tuntutan undang2 Kerajaan Negeri Terengganu terhadap Petronas sebelum saman berkenaan ditarik balik secara misteri oleh DS Ahmad Said, MB Terengganu yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Pertama Petronas berkali kali menegaskan royalti adalah hak Terengganu dan Kelantan.

Kenyataan Jawatankuasa Khas yg dibentuk oleh kerajaan pimpinan UMNO ini adalah bukti nyata UMNO perompak hak rakyat Terengganu dan Kelantan dan pengkhianat kepada orang Melayu yang jadi majoriti lebih 90% dinegeri negeri ini.

Tanpa perairan Kelantan dan Terengganu, tiada apa yg dinamakan perairan Malaysia diluar pantai Kelantan dan Terengganu.

GANTI mengecam keras kenyataan jahat yang mendahului keputusan mahkamah yang adil ini.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
PRESIDEN GANTI
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top