Selasa, 11 November 2014

Kerajaan Terengganu Menggadaikan Kampung Tradisi Dan Rezab Melayu

7:02 PTG

Semoga Hj Salleh Embong dan rakan rakan terus diberi kekuatan untuk celikkan mata rakyat tentang permasalahan urusan pengambilan tanah secara tak ikut peraturan yang memangsakan rakyat ini.
GANTI dan saya selaku Ketua Sekretariat NGO Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat PAS Terengganu akan sentiasa menyokong dan bersiap siaga untuk mobilisasi rakyat jika kezaliman ala Kampung Chubadak berlaku di Banggol Donas.
InsyaAllah isu ini kita sudah angkat ke peringkat nasional dengan bantuan PAS Terengganu pimpinan Pesuruhjaya YB Ustaz Saiful Bahri, TPJ2 YB Alias Razak dan komitmen oleh pimpinan pemuda PAS Pusat khususnya Ketua Pemuda PAS Pusat sendiri Sdra Suhaizan Kayat.
Seluruh negara akan perhatikan cara UMNO Terengganu memangsakan rakyat yang berbangsa melayu dalam urusan tanah



Umno Menggadaikan Kampung Tradisi Dan Rezab Melayu


KUALA NERUS – Umno dan Barisan Nasional 9BN) tidak boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan orang Melayu apabila pemimpinnya sendiri mengaku, kerajaan menggadai lebih 50 peratus tanah kampung tradisi dan tanah simpanan Melayu
PAS melahirkan rasa kebimbangan dan memberikan peringatan, orang Melayu akan menerima nasib umpama rakyat Palestin yang kehilangan tanah kepada Yahudi, sekiranya Umno gagal menghentikan tindakan ‘menarah’ tanah rezab Melayu.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata Tanah Rezab Melayu semakin mengecil dari keluasan 3.1 juta hektar sebelum merdeka kepada 1.57 hektar pada tahun 2009.
Jika perkara ini, katanya tidak dibendung dan disekat lama kelamaan tanah simpanan Melayu akan hilang menjadi ‘kosong’.
“Ini masalah kedaulatan negara. Apabila ruang kita (Melayu) memiliki tanah semakin sempit, tanah yang sedia ada semakin terhapus dari tiga juta hektar lebih Tanah Rezab Melayu dan kini hanya tinggal satu juta hektar lebih sahaja.
“Jika perkara ini kita tidak sekat, lama kelamaan dia (tanah rezab) akan jadi “zero” (kosong) Tanah Rezab Melayu ini dan sejarah Palestin akan berulang dalam negara kita sendiri.
“Negara itu namanya negara milik orang Melayu dan milik orang Malaysia, tetapi tanah dia bebas dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja di negara kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan program lawatan ke Kampung Banggol Donas, kampung tradisi Melayu Terengganu yang sedang terancam akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Umno.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung terbabit Haji Salleh Embong berkata, pengambilan balik tanah secara tidak sah dan melanggar peraturan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Katanya, isu tersebut terpaksa diheret ke mahkamah kerana kedegilan pemimpin Umno enggan menerima kebenaran dan hakikat serta kerakusan mengaut laba dari projek pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Bukit Guntong hingga ke Jeram Tokkong dan Kampung Banggol Donas.
“isu ini sepatutnya sudah selesai sebelum pembinaan dijalankan sekiranya pemimpin Umno mendengar cadangan pihak kami yang terlibat kerana ada laluan tanah kosong yang boleh dibuat jajaran baru,
“namun ada dikalangan pemimpin Umno yang tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat walaupun setelah Ketua Audit Negara menuliskan dengan jelas dalam laporannya,
“kedegilan pemimpin Umno akan menyebabkan orang Melayu menjadi pelarian di tanah air nya sendiri,”tegas Haji Salleh.
...........................................................................
KAMI ADA JALAN CARA ATASINYA. HANYA BERMODAL RM110.00 ( UNTUK BUAT BELIAN 1 PRODUK SUNNAH DAN NATURAL)SEMUA ORANG MAMPU.. 
BELUM CUBA BELUM TAHU.  http://my-naturalherbs2u.com/admin

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top