Isnin, 22 September 2014

DAERAH BARU KUALA NERUS, TERENGGANU

5:05 PTG

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

KENYATAAN MEDIA
22HB. SEPTEMBER 2014

DAERAH BARU KUALA NERUS, TERENGGANU

Ahmad Amzad HashimAda beberapa isu yang perlu dijelaskan berhubung langkah pembahagiaan Daerah Kuala Terengganu kepada 2 daerah yang mewujudkan daerah baru Kuala Nerus di atas.

Sebahagian besar punca pungutan hasil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu difahamkan berada di daerah baru Kuala Nerus.

Institusi2 penting seperti UMT, Unisza, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Lapangan Terbang, Institut Latihan Perindustrian dan banyak lagi berada dlm senarai daerah baru Kuala Nerus.

Boleh dijangkakan penurunan mendadak dalam pungutan hasil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Saya difahamkan ada prasyarat tertentu berhubung hasil minimum bagi mempertahankan status Bandaraya.

Selain dari itu pola taburan penduduk juga perlu diperhatikan. Saya tiada data yg lengkap. Jika benar bilangan penduduk yg rumah kediamannya di daerah Kuala Nerus lebih besar, maka bilangan isirumah bagi penduduk daerah Kuala Terengganu juga merosot mendadak. Saya pasti ada ukuran tertentu juga dari segi saiz populasi penduduk utk mempertahankan status bandaraya ini.

Apa pun dalam usaha berdepan dengan pembahagian daerah baru ini adalah diharapkan agar ia memberi lebih kebaikan, kesenangan dan kemudahan kepada rakyat.

Jangan diperkenalkan sebarang dasar atau polisi baru yg menyusahkan rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan majlis bandaraya kerana kenaikan kos sara hidup masih isu yang menjerut rakyat.

Misalnya segelas cendol di Pasar Malam Flat Hiliran/ Giant yang baru beberapa bulan dulu berharga RM1.50 segelas, Sabtu lalu sudah berharga RM2.00 segelas.

GANTI mengalu alukan segala langkah yang beri manfaat kepada rakyat baik dalam bentuk penambahan atau penambahbaikan infrastruktur mahupun peningkatan dalam kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam.

Pengwujudan daerah baru Kuala Nerus moga memacu pertumbuhan negeri dan kebajikan rakyat.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top