Jumaat, 9 Mei 2014

Lawatan Tinjauan pagi tadi ke Pasar Baru Chabang Tiga

9:50 PG

Rumusan yg boleh dibuat dari Lawatan Tinjauan pagi tadi ke Pasar Baru Chabang Tiga yg dibina di atas longkang besar yg masih jadi sarang biawak ialah:



1. Baru empat hari beroperasi, air buangan pasar basah terus mengalir masuk melalui longkang2 cetek di lantai pasar dan dialirkan ke longkang besar yg airnya kelihatan hampir tak mengalir langsung. Akibatnya bau busuk yg memualkan dan siapa yg melihat air dlm longkang akan rasa jijik.

2. Lubang angin di puncak bumbung yg kelihatan sepatutnya dipasang louvres (sisir angin) supaya udara panas boleh keluar, tapi ditutup dgn dinding kelihatan spt asbestos dengan dibiar sedikit bukaan yg kecil untuk pengudaraan. Akibatnya memang terasa panas di dalam pasar dan mudah berpeluh. Sepatutnya selain dipasang louvres mungkin boleh pasang kipas turbine sedut udara keluar.

3. Susun atur petak niaga yg dipisahkan oleh dinding separas dada yg terlalu panjang menyebabkan pengunjung tak dapat bergerak bebas kerana terhalang dinding berkenaan. Kena buat lebih banyak laluan pintas kerana peniaga mengadu pelanggan takkan berpatah balik bila dah ke laluan lain.

5. Jambatan cengkok dekat bangunan JPS tu kena bina balik yg lurus dan lebar.

6. Awning (atap teduhan) perlu dibuat kiri kanan terutama yg sebelah peniaga sayur. Panas terik sayur mudah layu. Paip air tak disediakan ditempat jual sayur. Tak boleh sembur air utk kekal kesegaran sayur.




Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top