KENYIR FEST. Habis beratus ribu. Permit sementara utk Bebas Cukai pun tak dapat. Jadi standard pasar malam sahaja. Tapi Pasar Malam lagi sukses dan bersesak2 dgn pengunjung. Tn Hj Wan Muhammad Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam Terengganu ketawa saja tengok Kenyir Fest. Kosong mcm pekan hantu.
Bagaimana pula pelaburan RM400JUTA lebih, Pulau Bebas Cukai jauh di tengah2 Tasik Kenyir itu pula. Lagi panjang syarat yg ditetapkan Jabatan Kastam yg macam gagal dipenuhi . Itu belum lagi kontraktor bertukar ganti projek tak siap2 lagi. Projek sakit kini. Lantik kontraktor penyelamat. - Haji Ahmad Amzad Haji Hashim
HULU TERENGGANU – Ratusan ribu ringgit wang rakyat dikhuatiri menjadi sia-sia dan menambahkan rekod pembaziran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu apabila Festival Kenyir 2014 hanyalah satu acara ‘indah khabar dari rupa’.
Kelemahan peranangan dan pengurusan kerajaan Umno-BN menyebabkan tidak ada daya tarikan baru yang boleh ‘menggamit’ para pelancong mengunjungi tasik Kenyir.
Setiausaha Perhubungan PAS Tereggau Haji Muhyiddin Abd Rashid menyifatkan Festival Kenyir yang diheboh-hebohkan melalui perlbagai media, hanyalah sebenarnya umpama ebuah ‘pasa malam’.
“indah khabar dari rupa…………(kalau) mendengarkan iklan, promosi yang begitu hebat, Festival Kenyir (2014) dijangka menarik (ramai) pelancong,
“tapi hakikatnya (ia) tidak lebih daripada (hanya sebuah) pasar malam…………..kerana tidak ada satu benda menarik yang boleh menarik pelancong atau pengunjung,”jelasnya.
Beliau yang ditemui semlam, Rabu 7 Mei di sini berkata, usaha kerajaan negeri itu hanyalah seperti ‘melepaskan batuk di tangga’.
“tidak ada benda baru, daya tarikan baru yang boleh kita pamerkan kepada masyarakat luar suaya mereka berminat untuk datang kali keduaatau ketiga,”ujarnya.
Muhyiddin yang juga mantan ahli parlimen Kawasan Hulu Terengganu turut menyelar kerajaan Umno-BN yang gagal mengotakan janjinya mahu menyediakan kemudahan jualan bebas cukai kepada rakyat ebagaimana dijanjikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.
“saya kira ini satu perancangan yang sangat lemah kerana (sepatutnya) sebelum kita isytihar keada umum……kita nak buat jualan bebas cukai………..sepatutnya teah ada perundingan dan perjanjian yang ‘konkrit’,
“tapi hakikatnya……sampai pada masa yang dijannjikan………mereka tak dapat kebenaran untuk menjual barang bebas cukai,
“ini satu erkara yang sngat memalukan kerajaan negeri, memalukan kita semua……sehingga semua rakyat (Terengganu) terpalit,”tegasnya.
Menurutnya, kegagalan kerajaan negeri membawa masuk barangan bebas cukai menyebabkan para pengunjung Festival Kenyir rasa tertipu.
Ia sudah menjadi ‘buah mulut’ orang ramai yang menyebabkan, selepas sahaja majlis perasmian pada 5 Mei lalu, kedatangan pengunjung merosot.
Tinjauan yang dibuat mendapati, banyak gerai-gerai yang telah kosong kerana peniaga meninggalkan tapak Festival ekoran ketiadaan pengunjung.
Seorang peniaga yang menjual varangan cenderahati yang ditemui berkata, pengunjung anat berkuragan selepas Ahmad Said dilaporkan memohon maaf dan mengumumkan tiak dapat membawa sebuah syarikat perniagaan barangan bebas cukai dari Pulau Langkawi, sebagaimana dijanjikan.
Peniaga tersebut berkata, hanya satu sebab yang menjadikan beliau terus menunggu Festival Kenyir itu kerana, ruang perniagaan tersebut diberikan secaa pecuma.
Justeru, Haji Muhyiddin menggesa kerajaan negeri menjelaskan kegagalan tersebut kerana katanya penganjuran Festival itu adalah menggunakan wang rakyat.
“kerajaan perlu menjawab kerajaan wang ini adalah wang rakyat, samada ia datang daripada (hasil) royalti minyak atau pun datang dari (hasil) cukai,
“kerajaan perlu bertanggungjawab keatas setiap sen yang dibelanjakan,
“kita tidak mahu kerajaan mengambil mudah, sewenang-wenangnya membelanjakan ang rakyat sesuka hati,” desak beliau.
0 ulasan:
Catat Ulasan