Rabu, 2 April 2014

Skuad Penyu ikat Moustapha Dabo

9:39 PG


SETELAH lebih seminggu jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) dibuka sejak 23 Mac lalu,  Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kini  sah mengikat bekas penyerang pasukan Kahramanmarasspor yang beraksi dalam Liga Utama Turki,  Moustapha Dabo bagi menggantikan Marcio Souza  yang ditamatkan kontrak, kelmarin.

Penyerang kelahiran Dakar, Senegal itu difahamkan sudah menandatangani kontrak dalam satu majlis tertutup di Pejabat PBSNT, Wisma Seri  Amar semalam dan akan menyarung jersi Terengganu sehingga penghujung Liga M musim ini.

Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman ketika dihubungi berkata,  keputusan itu dibuat setelah pihak pengurusan mengadakan perbincangan dan bersetuju mengambil  penyerang  berusia 28 tahun  itu bagi mengetuai jentera serangan baharu skuad Penyu.

Menurutnya, pihak pengurusan mengharapkan Dabo dapat membantu pasukan dalam memperkemaskan jentera serangan  sebelum ini.

“Bagaimanapun buat masa ini, kita sedang berusaha menyelesaikan pendaftaran Dabo dan jika tidak menghadapi sebarang masalah, pemain ini dijangka dapat diturunkan ketika Terengganu  bertemu Sarawak, Sabtu ini,” katanya.

Sebelum ini, PBSNT  dikatakan bakal mengikat bekas penyerang Lazio, Stephen Makinwa tanpa perlu mengadakan sesi ujian, namun terpaksa membatalkan niat itu kerana pemain terbabit dilabelkan ‘budak bermasalah’ dan badan induk bola sepak negeri itu tidak mahu menanggung risiko dengan menghantar semula pemain kelahiran Nigeria itu pulang ke negara asalnya, semalam.

Mengulas lanjut seorang lagi penyerang import yang bakal menggantikan Mamadou Hady Barry, Arpin berkata,  penyerang  kelahiran Colombia, Javier Estupinan dijangka tiba di Kuala Terengganu pada Ahad ini untuk menandatangani kontrak bersama Terengganu.

Katanya, pemain itu kini sedang bermain bersama pasukannya, Parrillas One dalam Liga Kebangsaan Republik Honduras, Amerika Tengah.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top