Ahad, 30 Mac 2014

Kes Saman Terhadap Presiden PAS Akan Selesai Pada 14 April Depan

10:11 PG

KUALA TERENGGANU – Walaupun membantah pihak plantif yang meminta masa dan penanguhan, namun peguam defendan akur dengan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang menetapkan tarikh 14 April akan datang bagi keputusan kes permohonan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar.
Haji Asmuni Awi yang mewakili Ustaz Abdul Hadi, menafikan dakwaan pihak plantif bahawa ada elemen baharu dalam kes tersebut, bahkan menyifatkan tindakan peguam plantif hanyalah ‘berpusing-pusing ditempat yang sama’ (round the bush).
Katanya, pendengaran pada hari Ahad sebenarnya ditetapkan oleh mahkamah untuk memutuskan hujah yang telah dikemukakan oleh pihak defendan.
“Sebenarnya kes pada hari ini ditetapkan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar bagi pihak defendan dan kami telah pun memfailkan hujah untuk difailkan dan didengar oleh kepada mahkamah.
mahkamah“Walaubagaimanapun, peguam pihak plantif meminta masa dan penanguhan bagi membolehkan mereka memfailkan satu affidavit jawapan sebagai tambahan kepada affidavit yang telah mereka failkan dahulu.
“Saya membangkitkan bantahan kerana bagi saya tak perlu lagi jawapan sebab kalau difailkan jawapan pun ia akan pergi ‘round the bush’,”kata Asmuni.
Beliau yang juga Pengerusi Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat yakin, kes membabitkan saman saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin akan diselesaikan pada 14 April akan datang.
“pihak timbalan pendaftar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, dan dia kata untuk keadilan kepada semua, dan dia beri masa pada 14 April akan datang untuk keputusan.
“InsyaAllah kes akan selesai pada 14 hb,”jelasnya ketika ditemui, dihadapan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad, 30 Mac.
Sebelum itu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul Mat Amin yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan berhubung kes saman fitnah RM2 juta keatas Ustaz Abdul Hadi.
Pada 27 Februari lalu, Ustaz Abdul Hadi Abdul Hadi telah menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang diputuskan mahkamah empat hari sebelumnya, selepas beliau didakwa gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
Mohd Shamsul Mat Amin mengambil tindakan itu selepas mendakwa Ustaz Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual ‘pil kuda’ menjelang pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Sedangkan ucapan Ustaz Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 tidak menyebut secara khusus nama calon yang terbabit dengan ‘pil kuda’ tersebut.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top