KENYATAAN MEDIA
ISU GEJALA SOSIAL
Khutbah Jumaat Teks dan PowerPoint Presentation oleh MAIDAM hari ni bertajuk MENANGANI GEJALA SOSIAL.
Tajuk ini amat baik dan perlukan pelan tindakan untuk ditangani segera.
Saya setuju berkenaan keperluan di peringkat keluarga diperbaiki peranan mendidik dan mengawasi oleh ibu bapa khususnya soal pendidikan dan pengisian roh agama bagi yg muslim dan pendidikan moral bagi yg bukan muslim.
Cuma yg tak disentuh adalah tanggungjawab kerajaan dalam pembentukan persekitaran yg kondusif dan subur untuk keluarga yg baik membentuk anak2 yg baik.
Disebut juga pengaruh budaya hodoh. Tapi yang menyiarkannya adalah saluran2 tv awam termasuk majalah2 dan pelbagai penerbitan.
Konsert2 dijadikan kebiasaan. Misalnya penganjuran konsert2 dgn aksi memalukan yg didedahkan tempohari berlaku di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kebetulan pula malam mereka yg terikut kesesatan menyambut Valentines.
Di Kuala Terengganu sudah jadi buah mulut percambahan pusat hiburan dari jenis tempat Karaoke.
Saya minta siapa yg sempat hantar gambar2 pusat2 ni untuk kita tengok berapa jumlahnya.
Dalam keadaan pengenalan pelbagai dasar yg mengikat kaki dan tangan pelbagai kumpulan pekerja termasuk para guru dgn pelbagai beban kerja, ditambah lagi tekanan kos sara hidup yg mendorong ibu bapa berusaha lebih untuk mencari wang, masa menjadi semakin terhad untuk memerhatikan perkembangan anak2. Inikan pula mendidik dan mengajak anak2 ke surau masjid.
Ibu bapa sibuk kerja siang malam, anak anak remaja masih bersekolah membawa rakan buat maksiat di rumah.
Menurut sumber tak rasmi mahkamah syariah Terengganu, selain masalah kelahiran anak luar nikah, permohonan kahwin bawah umur seusia 14 tahun meningkat kerana kes kes terlanjur mengandung.
Tekanan kurang pendapatan suami isteri bergaduh hingga bercerai berai. Anak2 terabai memilih rakan sebaya yg cenderung berseronok, rempit dan bohsia. Bermula merokok melarat, pil kuda, dadah dan ganja.
Kerajaan sebagai penguasa yg mengawal segala yg berkaitan persekitaran kehidupan mempunyai tanggungjawab besar dan bila mengambil sikap acuh dan tidak acuh dengan hukum2 Allah, suruhan dan tegahan, sebenarnya bagai mengundang bala kemurkaan Allah SWT.
Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN
0 ulasan:
Catat Ulasan