PEMBELIAN 2 BUAH AMPHICOACH BUATAN MALTA DENGAN JUMLAH HARGA RM6JUTA.
Belum sejuk kontroversi ekspedisi Antartika yang tak ketahuan manfaatnya untuk rakyat, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, pada Sabtu 29hb. Mac 2014 sekali lagi mengejutkan rakyat dengan pengumuman keputusan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membeli 2 buah kenderaan 'amphicoach' buatan Malta dengan jumlah harga RM6juta.
Nanti lah. Saya perlu sahkan dulu jarak sebenar pulau tersebut dari Pengkalan.
Saya fikir keutamaan sepatutnya supaya projek vangunan kompleks dan infra itu boleh disiapkan dulu kerana wang sudah beratus juta habis.
Itu belum lagi sama ada taraf bebas cukai tu dah betul2 dapat atau tidak. Kemudian rancangan dari segi siapa operator, penempatan agensi berkaitan.
Keutamaan yg lebih penting juga adalah logistik, mode pengangkutan yg mudah, selesa, cepat, selamat untuk seisi keluarga termasuk anak2 kecil, sela masa ( waktu menunggu yg singkat utk pengunjung). Ini bukan kecil kosnya.
Saya berpendapat bas amfibia tu cuma aksesori yg boleh juga jika mahu dibeli, tapi setelah keutamaan yg lain telah diperuntukkan sewajarnya.
Bukan kah lebih bagus beri saja peluang kepada pembina2 bot tempatan untuk buat feri2 yg mesra pengunjung yg lebih sesuai.
Isu besar dan menjolok mata yg akan timbul dari pembelian amphicoach ini adalah harga RM6juta bersamaan RM3 juta sebuah. Ini kerana melalui iklan dan artikel yang boleh dicari dengan mudah di internet, model buatan Malta yang sama ditetapkan untuk harga jualan di United Kingdom pada £280,000.00 (lebih kurang RM1.5juta) sebuah. Ini cuma separuh dari harga pembelian yg mahu dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Sangat menarik sejurus laporan akhbar 29hb Mac 2014 saya terima, saya sempat mencetak satu carian di Wikipedia yg mengulas pembelian 2 unit amphicoach ini oleh Kerajaan Malaysia pada 2014 pada harga RM6juta dalam masa yg sama meletak harga jualan unit tersebut yg ditetapkan di UK pada £280ribu sebuah dalam perenggan yang sama.
Malah boleh didapati dengan mudah terdapat tawaran jualan 'amphicoach' baru oleh pengilang yang lain dengan harga cuma £195,000.00.
www.seekboats.com/ships-and-commercial-boats-for-sale/for-salea-passenger-amphibious-bus-888.html#desc
Oleh kerana pembelian ini melibatkan wang rakyat, GANTI meminta penjelasan dari pihak kerajaan Terengganu atas isu isu yang dibangkitkan.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf
( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN
0 ulasan:
Catat Ulasan