Sabtu, 5 April 2014

Rakyat Semakin Matang

9:53 PG

Realiti Malaysia perlukan penyertaan berbilang kaum dalam membentuk negara. Sebarang signal penumpuan mutlak 100% kuasa kpd sesuatu kumpulan berasaskan kaum, etnik adalah tidak sihat untuk perpaduan negara. Perasaan gelisah kaum minoriti dlm negara Malaysia yg 65% melayu muslim mudah dieksploitasi secara negatif.



Kerana itu PAS kena wujudkan mekanisma kerjasama dgn parti politik yg mewakili kaum dan kumpulan yg berbeza fahaman yg lain juga.

Ini tidak mudah dlm menyusun keutamaan mencari titik persamaan perjuangan yg memberi manfaat kepada kemakmuran negara secara keseluruhannya. Dalam masa yg sama perbezaan dasar perlu dihormati sesama rakan.

Proses ini memakan masa sementelah lagi parti seperti DAP mempunyai sejarah tersendiri yg diulang2 jentera propaganda oleh parti pemerintah untuk wujudkan persepsi negatif dikalangan orang melayu bahawa DAP ini anti Melayu dan anti Islam.

Hanya dengan kewujudan satu pakatan yg kuat antara parti2 politik akan memberi cabaran yg serius kepada Barisan Nasional yg sudah terlalu lama memerintah.

Berjuang secara sendiri sebagai parti tunggal menentang BN mungkin memberi kelebihan untuk PAS menang di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah tapi sukar di negeri2 lain yg berbeza struktur populasinya. Jika begitu keadaan nya, BN akan berterusan mengawal teras kuasa di Persekutuan, mengawal jentera2 kewangan negara, polis, tentera malah institusi2 yg sepatutnya bebas seperti kehakiman.

Kerajaan2 negeri yg dimenangi oleh PAS akan berterusan dikekang serba serbi supaya gagal oleh BN yg mengawal segala aset negara dipersekutuan. Kegagalan yg berterusan hanya akan mengiyakan persepsi yg sentiasa ditanamkan oleh propaganda bahawa hanya BN yang pandai mengurus negara.

Itulah sebab nya perlu pakatan yg kuat yg boleh beri cabaran kepada BN di peringkat Persekutuan.

Parti politik berubah dan beradaptasi dgn perubahan. Begitu juga PAS dan DAP. PAS yg dulu dilihat keras, didakwa extremist fundamentalist dgn gambaran menakutkan kini telah diketahui rakyat sebenarnya cukup rasional, bercirikan mesra rakyat dgn menjunjung negara berkebajikan dan menghormati perbezaan pandangan dan kaum berbanding UMNO yg kini dilihat sangat giat berada di belakang kumpulan yg membakar api kebencian perkauman dgn mesej2 yg sangat jahat.

Perubahan PAS dikawal oleh Majlis Syura PAS supaya tidak bercanggah dgn prinsip PAS menjunjung Al Quran, Hadis, Ijma' dan Qiyas sbg hablillah yg digenggam kemas.

DAP juga mengalami tranformasi yg serupa. Berusaha memperbaiki persepsi negatif yg menakutkan orang melayu. Kerana itu kenyataan rasmi pemimpin2 DAP lebih dilihat menghormati perjuangan Islam PAS berbanding kenyataan rasmi MCA yg secara terus memperlekehkan dan menghina Hudud yg merupakan sebahagian dari Quran yg wajib diimani oleh setiap orang Islam.

Orang bukan Islam ramai yg sangka hudud itu hukum yg direka2 oleh PAS dan bukan dari Islam kerana propaganda media kerajaan juga. Jika rakyat faham hudud itu adalah kewajipan setiap orang Islam untuk beriman kpdnya kerana jelas kedudukannya dalam Quran. Menolak satu huruf pun dari Quran bagi seorang Islam akan gugur keimanan nya. Inikan pula menolak hudud yg berulang kali disebut dlm Al Quran. Ini baru kelmarin ditegaskan dlm teks khutbah Jumaat MAIDAM Terengganu.

Bila mana Islam adalah agama rasmi Malaysia mengikut perlembagaan, PAS mempunyai segala sandaran perundangan untuk memperjuangkan hudud.

Kenyataan2 negatif Karpal Singh yg telahpun meletak jawatan dari Pengerusi DAP tidak mendapat dokongan dan sahutan dari kalangan pemimpin2 tertinggi DAP yg lain. Malah anak beliau sendiri Gobind Singh Deo punya pendirian yg berbeza. Sebahagian veteran DAP seperti Dr Tan Seng Giaw secara konsisten menegaskan kewajipan menghormati perjuangan parti komponen. Pemimpin2 yg lebih muda seperti Lim Guan Eng yg memegang kuasa eksekutif di Penang menunjukkan sikap yg lebih jelas dlm memberi ruang seluasnya untuk perkembangan Islam dan peruntukan2 yg berlipat ganda bagi tujuan itu.

Saya percaya perangka2 strategi PAS sentiasa melihat perpektif gambaran yg lebih besar untuk kepentingan perjuangan Islam dlm merencana gerakan ke hadapan dan bukannya ke belakang.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf
( GANTI )

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top