Rabu, 29 Januari 2014

PRK KAJANG MENGECEWAKAN RAKYAT

1:19 PG

KENYATAAN MEDIA GANTI.
Assalamualaikum wrt Wb.
Saya tak bercadang mengulas panjang.
Bagi pihak NGO GANTI, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh berhubung PRK Kajang dari pimpinan PKR setakat ini langsung tidak meyakinkan rakyat bahawa proses tersebut terbentuk di atas asas menjaga kepentingan rakyat.
Segala bentuk urutan peristiwa di sekitar isu ini hanya mempamerkan proses politiking melampau, tidak matang dan sangat jelas semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu dengan cuba mengheret rakyat sama.
Saya hanya mampu berdoa agar masing-masing jangan hampakan harapan rakyat untuk Malaysia baru yang lebih baik di bawah Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku di Selangor diperhatikan di seluruh negara dan memberi kesan kepada perjuangan rakyat keseluruhannya.
Saya yakin kepimpinan parti komponen PR yang lain sedar bahawa PKR perlu diingatkan supaya kembali kepada tujuan permuafakatan ini wujud demi kepentingan rakyat.
PAS selaku komponen yang mempunyai pengaruh terbesar di DUN Selangor diharap memainkan peranan mengajak kembali ke landasan rakyat. Saya pohon PAS tak perlulah terlalu berlembut dalam soal-soal yang memerlukan ketegasan seperti ini.
Sekian dengan hormatnya. Terima kasih.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top