Rabu, 29 Januari 2014

ADUN Chukai Kesal Lesen Perniagaan MPK Naik 200%

6:25 PTG

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat kesal dan kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menaikkan bayaran lesen perniagaan sehingga 200 peratus.
Beliau berkata, MPK sepatutnya lebih prihatin tidak menekan peniaga kecil-kecilan dan menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan dari hasil cukai industri.

“Saya kecewa MPK menaikan lesen perniagaan sehingga 200% yang membebankan rakyat tanpa mengeluarkan notis, peniaga terkejut apabila membuat bayaran lesen……….tiba-tiba dimaklumkan kenaikannya,“sepatutnya MPK mengabaikan peniaga-peniaga kecil kerana pendapatan cukai daripada kilang-kilang besar sudah memadai untuk menanggung semua perbelanjaan MPK,”ujarnya.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis jamuan bersama masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina disini pada Isnin malam 27 Januari.

IMG-20140128-WA0003Sebelum itu, dalam ucapannya beliau berkata ‘tahun kuda hijau’ memberi makna tegas, pintar, baik, menerima arahan dan melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Katanya, orang Cina juga percaya tujuan hidup mereka adalah untuk mencari kebebasan dan kebahagian.

“tahun kuda hijau amat sesuai kepada kaum Tionghua untuk keluar dari kepompong BN kepada Pakatan Rakyat,”jelasnya.

dalam majlis tersebut Hanafiah turut memberikan sumbangan ‘Ang Pow’ kepada seramai 130 orang kanak-kanak dan warga emas yang berumur lebih 70 tahun.

Turut memeriahkan majlis adalah Timbalan Pengeruis Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu Jeffri Chua dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan keikhlasan kerajaan Umno dan Barisan Nasional dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, sehingga kini hanya seramai 600 orang sahaja dari ribuan mangsa banjir yang telah menerima sumbangan.

“mengapa setakat ini hanya 600 orang sahaja yang dapat, sedang ribuan (mangsa banjir) yang lain terpksa menunggu sehingga bulan April.

“Apa yg malangnya apabila Perdana Menteri berjanji setiap orang akan mendapat barangan bernilai RM 5,000.00 tetapi tinjauan yang dibuat harga peti sejuk,

“televisyen, dapur, tilam dan bantal tidak lebih RM 1500.00……….mana pergi wang selebihnya?,”soal beliau.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top