Dan jika masalah disiplin yang menjadi sebab utamanya, kenapa begitu ramai yang dikenakan tindakan? Ini memperlihatkan seolah-olah Yayasan Islam tidak mampu mengawal kakitangan kontraknya. Kesan besar dari penamatan kontrak secara besar-besaran ini adalah kepada pelajar-pelajar keseluruhannya. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari pengganti dalam masa yang singkat dengan jumlah yang begitu besar apatah lagi dengan tarikh bermulanya sesi persekolahan 2014 hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Mereka memperjudikan nasib pelajar-pelajar ini.
Saya dengan ini menyeru agar semua rakyat Terengganu membuka mata hati agar sedar akan perkara ini yang mana mungkin juga terkena kepada saudara mara atau orang-orang terdekat dengan anda semua. Setelah kerajaan pusat yang juga pimpinan Umno-BN saban masa mengisytiharkan kenaikan harga barang-barang dan kos-kos lain selepas PRU, berlawanan dengan janji-janji mereka sebelum PRU dahulu, saya benar-benar berharap agar ini bukan dendam politik tetapi kelihatannya agak sukar untuk diterima bahawa ianya bukan dendam setelah mengambil kira faktor-faktor yang nyata. Saya berdoa kepada Allah semoga semua guru-guru Kafa yang diberhentikan itu dikurniakan pahala atas ketabahan mereka dan Allah maha mendengar doa orang yang dizalimi.
YB Ust Mohd Nor Hamzah,
Ketua Penerangan Bppnt.
0 ulasan:
Catat Ulasan