Selasa, 24 Disember 2013

Majistret tolak permohonan polis reman Pengerusi Turun

5:51 PTG

KUALA LUMPUR: Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Peguam Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah.

"Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari.

"Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut.


"Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya.

sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan.

Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.

Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top