TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA
Assalamualaikum Wrt Wb.
Saya dan rakan2 amat teruja menjelang LEPAK SANTAI1 GANTI yang dijadualkan bermula tepat jam 5.00 petang bertempat di perkarangan Restoran Nasi Arab Sabasun2 Wakaf Tembesu pada hari Jumaat ini, 29hb. November 2013. Kehadiran wakil-wakil rakyat YB Dr Khairuddin 9MP Kuala Nerus), YB Ustaz Hishamuddin (ADUN Tepoh) dan YB Dr Alias (ADUN Bukit Tunggal-belum dapat pengesahan) yg turut akan berinteraksi dgn sahabat2 semua akan menambah suasana kekitaan di kalangan kita sesuai dengan tema perjuangan.
Ironinya lokasi Sabasun2 ini memberi peluang kepada kita menunjukkan sokongan dan pembelaan terhadap survival usahawan-usahawan melayu yg tertindas, ditekan dan dianiayai oleh kelompok pentadbir dan politikus yg kononnya mengaku memperjuangkan negeri, memperjuangkan melayu sendiri. Isu ini telah kami ulaskan dan sudah berkumandang di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Dato Raja Kamarul Baharin. Lokasi yang sangat berdekatan dengan Stadium Lagenda seantero Dunia- Al Runtuhi adalah lambang kecuaian, khianat dan tidak amanah yang dahsyat dalam mengurus lebih RM300 juta wang rakyat.
Kita akan berpeluang untuk bertemu sendiri usahawan seperti En Salmi, pemilik Sabasun, yang ditekan serba serbi, manakala di masa yang sama melihat dengan penuh sedih betapa saudara seagama, senegeri, sebangsa memberi ruang dan bantuan seluas-luasnya kepada rangkaian pasaraya asing untuk menguasai ekonomi dan rantaian peruncitan yang seharusnya diperkukuhkan pemilikannya kepada anak negeri.
Hadirlah sama. Satu hari nanti tuan-puan akan memerlukan kehadiran rakan-rakan ini juga bila gilirannya tiba, tuan-tuan, atau saudara terdekat tuan-tuan pula yang terkena. Waima namanya diskriminasi dalam peluang, penindasan dan kezaliman, rampasan tanah dan sepertinya yang kini amat sinonim imejnya pada watak syaitan yang sama sama kita kenali.
Sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan dan ajak sama layari blogspot GANTI yang mengandungi pelbagai informasi yang berguna dan bersifat semasa di http://ganti-trg.blogspot.com/ . Akses kepada fb GANTI dan juga borang keahlian secara on line turut berada di situ.
Haji Ahmad Amzad Hashim
GANTI Mengajak Perubahan.
GANTI Mengajak Perubahan.
0 ulasan:
Catat Ulasan