Musim cuti sekolah telah pun bermula..ibubapa sibuk merancang aktiviti dan percutian untuk anak- anak mereka.. Berkelah di pantai , ke taman tema di seluruh negara, jungle trekking mungkin atau ke luar negara. Bagi saya tak salah sekali sekala kita sekeluarga menghabiskan masa bersama sama selain mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dapat jugs kita release tension kan..
Apa yang saya ingin tekankan disini adalah kemana pun kita bercuti, kebersihan perlu dititik beratkan terutama kepada si kecil. Semakin banyak berlakunya demam kencing tikus atau medikal termnya dipanggil leptospirosis. Penyakit ini tersebar melalui "direct contact" kita dengan kencing tikus atau segala jenis barangan yang telah dicemari dengan kencing tikus.
Baru- baru ni terdengar tentang 2 keluargs yang telah dimasukkan ke ICU setelah pulang dari perkelahan di pantai berdekatan. Salah satu dari mereka maut. Ye, memang sakit kencing tikus ini boleh membawa maut. Kalau anda semua masih ingat kepada Arwah Din Beramboi juga maut akibat komplikasi penyakit ini.
Mungkin saya boleh berkonsi sedikit tentang simptom- simptom yang dialami pesakit selams saya berkerja di hospital. Selalunya mereka/ pesakit akan mengalami demam yang berpanjangan iaitu > 3 hari, lemah seluruh badan terutama sendi, muntah, cirit birit, dan hilang selera makan. Dan jika bacteria leptospira ini telah menjangkiti hati pesakit akan mengalami jaundice ( kulit/ bebola mata akan menjadi kekuningan) dan jika tidak dikesan dengan lebih awal boleh mengakibatan kegagalan fungsi organ seluruh badan.
Selalunya pesakitmempunyai sejarah/ cerita mandi sungai / taman tema air atau berkelah, membersihkan atap atau longkang rumah, ataupun makan di gerai- gerai tertentu. Dan mungkin kita pun tak sedar, miniman tin yang diminum tanpa mengunakan straw atau mencuci dahulu permukaan bukaan tin juga salah satu dari punca jangkitan. Kita tidak sedar kehadiran kencing tikus kerana tnajis tersebut telahpun kering.
Jadi, pesanan saya kali ini jagalah kebersihan walau dimana juga anda berada. Mulakan pekerjaan dengan mencuci tangan dan akhiri juga dengan mencuci tangan sebelum menyentuh makanan dan minuman ataupun memegang anak-anak.
Kalau teringin makan diluar pastikan persekitaran gerai/ kedai itu bersih. Dan jika anda atau anak- anak anda tidak sihat dan mempunyai gejala -gejala diatas selepas pulang dari percutian atau perkelahan jagan bertangguh untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sharing is caring.
Iklas dr DR nor
Iklas dr DR nor
0 ulasan:
Catat Ulasan