Khamis, 5 Jun 2014

Ribuan Rakyat Bantah Kenaikan Cukai pintu

7:54 PTG

KUALA TERENGGANU – Ribuan rakyat khususnya penduduk di bawah jajahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengadakan himpunan aman bagi menyerahkan memorandum rakyat kepada kerajaan negeri.
Hampir 5,000 rakyat bersolidariti bagi membantah tindakan kerajaan Terengganu yang bercadang mengenakan cukai pintu baharu dengan kenaikan yang tidak wajar.
Mesej rakyat Terengganu terhadap cadangan kenaikan cukai pintu merupakan amaran awal kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman yang dilaporkan tiada dalam negeri ini kerana menghadiri penutup Sukan Malaysia (SukmaXVII) ke-17, 2014 di Perlis.
demo cukai pintu2aPerhimpunan awalnya diadakan di kawasan parkir dan padang bola MBKT di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.45 pagi.
Dimulakan dengan ucapan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Syeikh Mohamad Hanafi, Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.


Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) negeri Terengganu yang juga ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak menegaskan, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan daripada bajet RM2.2 bilion setahun untuk membiayai pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
“pendapatan kerajaan negeri Terengganu lebih dari RM2.2 bilion setahun setiap tahun.
“Persoalannya, apakah kerajaan negeri sendiri tidak mampu untuk memberikan peruntukan kepada majlis-majlis daerah dan juga majlis bandaraya untuk menampung defisit pengurusan mereka ini?
“Itu persoalannya dan ke mana duit yang begitu banyak mereka belanjakan. Inilah persoalan ‘pokok’ (asas) yang kita menentang (tidak setuju) dengan kerajaan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang mdia sejurus selesai Himpunan tersebut di hadapan Wisma Darul Iman
demo cukai pintuaKatanya, PAS dan seluruh rakyat yang hadir bukan menentang secara ‘semberono’ terhadap kenaikan cukai itu tetapi menuntut kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat bukannya untuk kepentingan kroni-kroni mereka
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja KamarulBahrin Shah menggesa perlaksanaan dan perlunasan proses dan amalan demokrasi dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau sekali lagi merasakan kekesalan kerana pihak datuk Bandar Kuala Terengganu Datul Azlan Dagang yang gagal bertindak selaku penjawat awam.
“Kita telah menulis surat kepada Datuk Bandar (MBKT) untuk berjumpa sebanyak dua kali. Seramai tujuh, lapan orang wakil rakyat telah pergi ke pejabat majlis bandaraya untuk menyampaikan surat dan hasrat kita kepada Datuk Bandar (Adzlan Dagang,
“walau pun beliau tidak ada waktu itu dan diberi jawapan kepada kita bahawa Datuk Bandar akan memberi suatu tarikh lain untuk bersedia mengadakan pertemuan dengan kami.
“Namun, sehingga tamat tarikh bantahan pada 2 Jun lalu kami tidak menerima apa-apa jawapan atau pelawaan untuk bertemu dengan kami,”jelasnya.
IMG-20140604-WA0084Oleh sebab itu, kata beliau, rakyat tidak ada pilihan kecuali turun ke hadapan wisma Darul Iman dan menyatakan bantahan mereka.
Pelbagai jenis tulisan berbentuk kritikan, sindiran dan cemuhan dipamerkan melalui kain rentang, sepanduk, banner, handbill dan flyer oleh peserta himpunan tersebut.
Antaranya, “Terengganu Mahu Tanpa Cukai Pintu”, “Tukar Kerajaan Cukai Pintu Dihapuskan”, “Tolong-tolong Rakyat Tersiksa Beban Meningkat”, “Cukai Pintu Lebih Mahal Dari Harga Pintu”, “Kenaikan Cukai Pintu Membebankan Rakyat”, “Pitis Nok, Ngetoh Dok Panda” dan banyak lagi.
Himpunan aman itu mendapat kerjasama baik dari pihak pasukan keselamatan polis dan trafik serta dibantu oleh pasukan dari Jabatan Amal Negeri Terengganu yang seramai 100 orang anggotanya.
Perarakan peserta demontrasi bermula sekitar jam 10.45 pagi bagi menyerahkan “Memorandum Rakyat” kepada Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman sejauh 300 meter berjalan kaki.
IMG-20140604-WA0072Sehubungan itu, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman membatalkan semua cadangan kenaikan cukai pintu oleh semua PBT di seluruh negeri Terengganu.
Pihak PBT juga juga digesa agar meningkatkan prestasi dan komitmen kerja masing-masing bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Hadir sama mengiringi beliau, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, Hanafiah Mat (Adun Chukai), Ariffin Deraman (Adun Alor Limbat), Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Presiden NGO Ganti, Ahmad Amzad Hashim.|
Turut hadir bersolidariti Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua, Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah serta wakil-wakil NGO yang lain.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top