Khamis, 5 Jun 2014

Himpunan Bantah Cukai Pintu; Muslimat Turun Dari Segenap Penjuru

11:05 PTG

Oleh; Najmiah Kassim dan Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS dari segenap penjuru bandaraya Kuala Terengganu turun beramai-ramai menyertai Himpunan Aman Membantah Kenaikan Cukai Pintu yang diadakan dihadapan Wisma Darul Iman.
Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu Cikgu Safinah Jusoh berkata,tidak kurang juga Muslimat dari kawasan yang yang sama-sam memberikan sokongan moral.
“Ramai muslimat kita hadir,dan menunjukkan kita datang ni bukannya apa,sebab nak membantah kenaikan cukai pintu, sebab ini maknanya membebankan kepada rakyat,”ujarnya ketika ditemui menyertai Himpunan tersebut pada Rabu 4 Jun.
Beliau berkata, cukai pintu membebankan rakyat dan Muslimat paling terasa kesannya, setelah kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
IMG-20140604-WA0021Menurutnya, Muslimat cukup prihatin walaupun kenaikan cukai pintu itu kini hanya meliputi kawasan majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau pasti kawasan lain turut aakan naik sekiranya tidak dibantah.
“Walaupun yang terkenanya sekarang ni untuk bandaraya Kuala Terengganu, tapi kita boleh lihat muslimat kita ni bukan sahaja datang dari bandar Kuala Terengganu,”katanya.
Turut hadir bersama beliau adalah ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu termasuk Ketua Dewan Muslimat Kuala Terengganu, Zaiton Abas.
Himpunan aman yang bermula pada jam 10 pagi itu berjalan tanpa sebarang masalah, dan bersurai dengan tenang setelah memorandum bantahan diserahkan kepada kerajaan negeri kira-kira jam 11.20 pagi.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top