Khamis, 16 Januari 2014

Wartawan Harakah Terenganu terbabit kemalangan

12:19 PTG

KUALA TERENGGANU: Wartawan Harakah Cawangan Tetengganu, Khairul Azlam Mohamad terbabit dalam kemalangan jalan raya di hadapan Taman Permint Makmur, Gong Badak dekat sini, malam tadi.

Menurut rakannya Ahmad Faizol Mohd Yusop kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9 malam ketika Khairul yang juga yang juga Setiausaha Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dalam perjalanan menghadiri mesyuarat KAMI di sebuah restoran di Kampung Tok Jembal.

Faizol ketika itu bersama Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor, singgah di sebuah farmasi untuk nembeli ubat.

Sebaik mereka berdua mahu beredar dari kedai ubat itu, beliau mendengar dentuman yang kuat dari arah tempat kemalangan berlaku.

Menurut Faizol, beliau hanya menyedari mangsa kemalangan tersebut adalah Khairul apabila beliau mahu memberikan pertolongan.

“Saya tak tahu yang ‘accident’ tu Khairul, bila saya pergi untuk membantu baru saya perasan ia adalah Khairul. Kemudian saya memanggil Sazali yang masih berada dalam kereta berhampiran, dan beliau bergegas memberikan bantuan,” ujar Faizol.

Katanya, Khairul yang menunggang motosikal dari arah Wakaf Tembesu menghala ke Tok Jembal telah bertembung sebuah Perodua Kembara dari sisi kanan, yang mahu membelok masuk ke Taman Permint Makmur.

Ketika ditanya, Khairul dalam keadaan separa sedar memberitahu sakit di dada serta kaki kirinya tidak boleh digerakkan.

“Dadanya sakit mungkin kerana impak dari pertembungan itu dan kemungkinan kaki kirinya patah, tetapi tidak ada kesan-kesan luka yang nyata dan tidak ada darah,” kata Faizol yang juga seorang aktivis KAMI.

Beliau bekata, pemandu Kembara, seorang pesara guru yang dikenali sebagai Cikgu Harun turut menghulurkan bantuan dan mengakui tidak nampak kelibat Khairul.

Oleh sebab itu, kata Faizol, Cikgu Harun telah membelok ke kanan dan bertembung dengan Khairul.

Faizol berkata, Khairul kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan sebuah ambulan Jabatan Pertahanan Awam, dan dikejarkan ke Unit Rawatan Kecemasan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top