Jumaat, 24 Januari 2014

SUSULAN PENGUMUMAN PENJUALAN RON95 HANYA KEPADA YANG LAYAK

8:56 PTG

KENYATAAN MEDIA
Assalamualaikum Wrt.
Semalam kita dikejutkan dengan satu lagi pengumuman oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa kerajaan akan melaksanakan penjualan RON95 hanya kepada mereka yang layak sahaja selepas mengenalpasti kaedah perlaksanaannya.
Sekalipun kita merasa ralat kerana atas kapasiti apa Menteri Wilayah Persekutuan yang membuat pengumuman sepenting ini sedangkan ada menteri yang bertanggungjawab, pengumuman ini tetap perlu dipandang serius kerana ia petunjuk langkah yang sedang difikirkan kabinet ketika ini.
Langkah ini menambah kepada senarai siri pengumuman-pengumunan yang dibuat oleh para menteri kabinet dalam tempoh yang singkat, yang jelas akan memacu tindak balas pasaran yang akan mendorong kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ia akan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat.
Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Khas Kaji Kos Sara Hidup amat disangsikan boleh membri sumbangan berkesan dalam memperbaiki keadaan bila kerajaan berterusan memperkenalkan dasar yang memacu kenaikan harga barangan pengguna dan meningkatkan inflasi.
Retorik seperti "turun bawah ke padang atau ke akar umbi" hanya betul jika pucuk pangkal permasalahan datang dari rakyat. Masalahnya sekarang puncanya adalah perbelanjaan kerajaan yang boros pada projek-projek mega yang mewah yang melibatkan kepentingan kroni, ketirisan melampau seperti dilaporkan oleh GFI yang berpusat di Washington yg melibatkan sejumlah RM1.2 Trillion (USD370.38Billion) yang mengalir ke luar negara sepanjang tempoh 2002 hingga 2011, hutang dijamin Bank Negara kepada kroni berjumlah RM134.84 Billion, Subsidi kepada IPP yang bernilai lebih RM4billion setahun dan pelbagai senarai panjang punca permasalahan yang melibatkan keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri dari Barisan Nasional.
Kita sepatutnya menuntut kajian Kos Sara Hidup difokuskan kepada dasar-dasar dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan, tengok ke atas di samping kajian ke akar umbi di bawah.
Siri pendedahan pemborosan oleh Kerajaan yang sentiasa diselang selikan dengan berita yang memaparkan gaya hidup mewah pemimpin-pemimpin kerajaan beserta keluarga mereka adalah memualkan dan amat tidak sensitif kepada kesusahan rakyat.
Hentikan lakonan. Tangguhkan projek mega yang memakan sumber kerajaan dalam jumlah yang besar. Hentikan subsidi kepada IPP. TNB sepatutnya sudah lebih dari bersedia mengambil tanggung jawab.
Sekian, dengan hormatnya dan terima kasih. Wassalam Wrt Wb.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top