Khamis, 23 Januari 2014

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan

12:51 PG

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan
KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong  di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.

Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu.

Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka.

Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan.

Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media.

Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat.

Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah.

Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya.

Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis.

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu.

Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh.

Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top