Jumaat, 3 Januari 2014

Komen Dr Asri terhadap kenyataan Harussani

2:54 PTG

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria tentang halal darah anak-anak muda yang menyertai TURUN tidak dapat kita setujui...ia berbahaya dan agak tersasar jauh, tulis bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook.

Pun begitu, ujar Asri tidak perlulah sesiapa menggunakan bahasa yang biadap terhadap beliau.

“Hormatilah beliau sebagai seorang yang jauh lebih tua pada usianya,” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

..kenyataan Ybhgia S.S Tan Sri Harussani Zakaria tentang halal darah anak-anak muda yang menyertai TURUN tidak dapat kita setujui..ia berbahaya dan agak tersasar jauh..pun begitu tidak perlulah sesiapa menggunakan bahasa yang biadap terhadap beliau..hormatilah beliau sebagai seorang yang jauh lebih tua pada usianya..sebagai insan yang lama hidup pastinya ada jasanya di sana sini..kita tolak yang salah, tapi kita tetap santun ataupun sekurang-kurang menggunakan bahasa yang terhormat dan terpilih dalam menjawab beliau sebagai tanda kita insan bertamadun..masih ada ruang untuk beliau membetulkan kenyataan itu jika benar sedemikian rupa..ataupun membetulkan salahfaham yang barangkali dibuat oleh pihak yang melaporkan..kita doakan kebaikan untuk semua rakyat..kepada Allah kita serahkan segala urusan.

Berikut ialah tulisan beliau sebelum itu.

..untuk semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..kedamaian negara terletak di tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat..

..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

..kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa?

..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia..

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top