KENYATAAN MEDIA
Assalamualaikum Wrt Wb
Saya merujuk laporan Portal Rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bertarikh 24hb Januari 2014 yang bertajuk "Yayasan Diraja Sultan Mizan Nafi Anjur Lawatan MB Terengganu Ke Antartika".
Laporan ini secara terus menidakkan laporan akhbar bertarikh 15hb Januari 2014 yg bersumberkan Kenyataan dari Pejabat Menteri Besar Terengganu yg melaporkan ekspedisi 15 hari itu anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan. Laporan ini telah mendapat kritikan keras dari rakyat Terengganu dan seluruh negara kerana ekspedisi seperti itu dilihat pembaziran sumber milik rakyat ketika rakyat di dalam kesusahan berdepan kos sara hidup yang meningkat.
Rakyat merungut Menteri Besar ekspedisi mewah ke Antartika, rakyat masih ramai susah terpaksa tidur "Atastikar".
Menteri Besar Terengganu pula melalui seluruh jentera penerangan Kerajaan Negeri habis-habisan mempertahankan ekspedisi itu sambil di masa yg sama pula rakyat tertanya2 mengapa Yayasan Diraja Sultan Mizan yang didakwa sebagai penganjur tidak pula memberi respon apa-apa.
Dalam pada itu, ekspedisi itu bagaikan berlepas secara tergesa2 tanpa sempat dibahaskan pun di Sidang DUN.
Saya tak fikir Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail memandai mandai dlm mengeluarkan kenyataan penafian yg mempunyai implikasi cukup serius ini melainkan dengan penelitian dan autoriti yg secukupnya.
Untuk itu rakyat Terengganu berhak mendapat penjelasan dari Menteri Besar Terengganu berhubung kedudukan sebenar. Kegagalan memberi penjelasan yg munasabah mencemar kredibiliti MB sebagai pemimpin negeri dan juga memalukan negeri dan YDSM yg berada di bawah naungan Tuanku Sultan Terengganu.
Sekian dengan hormatnya.
Wassalam Wrt Wb.
Wassalam Wrt Wb.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN.
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN.
Rujuk Petikan Akhbar:
MB ketuai lawatan ke Antartika
KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja ke Antartika bermula 18 Januari ini hingga 2 Februari depan.
Program inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar itu bertujuan membuka laluan bagi kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan kendalian bersama dengan Instituto Antartico Chileno (INACH), Chile.
Beliau memberitahu, ia juga akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menyumbang dari segi penyelidikan berkaitan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.
Katanya, lawatan itu yang lebih bersifat eksplorasi saintifik juga merupakan susulan lawatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke benua itu pada Oktober 2011 yang menyarankan lebih banyak universiti tempatan melibatkan diri dalam bidang penyelidikan di Antartika.
"Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan turut menyertai eksplorasi kali ini dan UMT telah letakkan seorang penyelidik di sebuah stesen di Antartika selama tiga bulan yang dikendalikan Korea Selatan," katanya selepas menyempurnakan majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Anggota-anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140116/dn_04/MB-ketuai-lawatan-ke-Antartika#ixzz2rNUWvaHn
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 ulasan:
Catat Ulasan