TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA
Assalamualaikum Wrt Wb
Kuliah Subuh Masjid At Taqwa Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu hari ini tafsir Surah Yunus 26-33
Balasan baik bagi mereka yg berbuat kebajikan dan kebaikan dgn menghuni syurga di hari pembalasan. Setiap amal soleh digandakan kebaikan/ pahala dari sekurang2nya 10 kali ganda. Dengan nikmat terbesar di hari akhirat adalah dapat melihat wajah Allah SWT.
Bagi yg berbuat kejahatan dicatat 1 dosa kerana rahmat Allah SWT memberi kehinaan setimpal atas amalan buruk ketika hayatnya.Tiada pelindung bagi mereka dari azab Allah SWT.
Penyembah berhala/ musyrikin diasing kan dari kelompok yg beriman. Sedangkan berhala yg mereka sembah pun mengaku mereka adalah hamba Allah SWT dan berlepas diri dari perbuatan manusia yg mengsekutukan mereka dgn Allah SWT. Sedangkan berhala2 itu boleh berupa patung2 dan objek, wang dan harta disembah malah manusia pun .
Siapakah yg memberi rezeki kepada kita di langit dan bumi? Siapakah yg berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, mengeluarkan yg hidup dari yg mati, yg mengaturkan segala urusan. Maka akan diakui semua baik yg heriman mahupun yg musyrikin bahawa semua itu kekuasaan Allah SWT. Maka mengapa masih kita engkar dan durhaka, tidak mahu beriman.
Demikianlah hukum dan balasan dijanjikan Allah SWT kpd mereka yg fasik dan rosak keimanannya.
Isnin, 16 Disember 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan