Ahad, 8 Disember 2013

Tahanan Muslimat Mesir Dibebaskan

8:55 PTG

Pihak berkuasa Mesir telah membebaskan 21 wanita dan kanak-kanak perempuan yang disabitkan dengan kesalahan mengadakan tunjuk perasaan jalanan apabila mahkamah rayuan mengurangkan hukuman yang keras , dengan menggantung hukuman itu dari perlaksanaannya.
Keputusan awal termasuk hukuman penjara 11 tahun kepada wanita terbabit yang diputuskan akhir bulan lalu, menyebabkan bantahan antarabangsa dan domestik.
“Ini adalah kurniaan Tuhan, saya rasa (pihak berkuasa ) mahu menenangkan rakyat di bawah ” kata Ola Alaa , seorang pelajar perubatan berusia 18 tahun yang pada mulanya dijatuhi hukuman 11 tahun.
Beliau bersama 21 defendan, yang termasuk tujuh remaja, telah diletakkan dalam tahanan selama lebih sebulan .
Sebelum itu, 14 wanita, kebanyakannya sekitar umur 20, dijatuhi hukuman 11 tahun penjara selepas didapati bersalah berkaitan ptotes pada 31 Oktober, menyokong presiden digulingkan Mohamed Morsi .
Hukuman awal tersebut juga memerintahkan pesalah bawah umur ditahan sehingga mereka berumur 18 tahun, apabila kes-kes mereka akan dinilai semula. Kumpulan itu menghadapi tuduhan termasuk ” pembunuhan dgn Rompakan ” dan penggunaan senjata , namun kemudian dituduh hanya melempar batu-batu sahaja.
Pasukan keselamatan telah cuba untuk menghancurkan Ikhwan al-Muslimin sejak tentera menggulingkan Morsi , pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara bebas.
Sejak itu, penyokongnya telah mengadakan tunjuk perasaan berterusan yang mendesak tentera undur dan Morsi dilantik semula sebagai Presiden.
Sebaliknya pihak berkuasa yang disokong tentera menuduh Ikhwan dengan keganasan dan sedangkan berkali-kali pihak Ikhwan menafikan tuduhan itu .
Beratus-ratus penyokong Morsi telah terbunuh dan beribu-ribu ditangkap, manakala Morsi dan pemimpin Ikhwan lain dalam perbicaraan atas tuduhan menghasut keganasan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top