Isnin, 23 Disember 2013

Surah Yunus 79-88

11:28 PG

TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA

Assalamualaikum Wrt Wb

Kuliah Subuh Masjid At Taqwa Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu pada pagi ini menghurai Surah Yunus 79-88.



Firaun cuba mencabar kebenaran risalah Nabi Musa a.s dgn menghimpun segala ahli sihir yg mahir utk menentang mukjizat yg di kurniakan Allah SWT kpd rasulNya sesuai dgn era tsbt yg kemuncak kegemilangan ilmu sifir.
Allah SWT menampakkan kepalsuan sihir mereka. Allah tidak akan membiarkan terus perbuatan mereka yg melakukan kerosakan.

Allah SWT tetap akan mengukuhkan golongan yg benar dgn ketetapan Nya. Mereka yg zalim berterusan mengugut dan menyiksa mereka yg beriman dan berpegang pada agama yg benar. Malah melampau batas.

Perkara yg sama berterusan dgn siri kezaliman dilakukan dgn pelbagai tahap tekanan dan penyiksaan yg dilakukan ke atas mereka yg beriman dan memperjuangkan akidah yg benar.

Allah SWT memberi khabar gembira kpd org2 beriman bahawa setiap kesulitan mereka akan ada jalan keluarnya dan menunggu mereka balasan yg baik di sisi Allah SWT.

Bagi mereka yg mengikut Firaun dan juga golongan yg mengambil sikap yg serupa, segala kekayaan dan kemewahan mereka menjadi istidraj yg berupa kutukan kembali kepada mereka. Sedangkan balasan yg dahsyat menanti mereka di akhirat lantaran kekufuran, kezaliman dan kerosakan yg mereka perbuat dlm hayat mereka yg pendek di dunia ini.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top