TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA
Assalamualaikum Wrt Wb
Kuliah Subuh Masjid At Taqwa Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu pada hari ini 18hb Disember 2013 Surah Yunus 43-53.
Allah SWT menutup hati mereka yg kufur kpd Allah SWT. Ini kerana walau sudah diberi pelbagai ingatan mereka tetap engkar.
Allah SWT tidak menzalimi manusia sedikit pun. Tetapi mereka lah yg menzalimi diri meteka sendiri oleh perbuatan mereka walau telah di baca kan ayat2 Allah kpd mereka.
Sungguh rugi orang yg mendustakan hari pertemuan mereka dgn Allah SWT dimana segala amalan mereka dihitung di hari Mahsyar. Mereka benar2 tidak mendapat petunjuk. Sedangkan ketika itu mereka baru tersedar betapa singkat nya kehidupan di dunia yg mereka kejar berbanding hari akhirat yg kekal abadi. Sedang kan mereka berdepan seksaan2 yg dahsyat dan semakin dahsyat oleh dosa kekufuran mereka.
Allah SWT tidak menyeksa sesuatu kaum melainkan setelah diberi ingatan. Seksaan yg mereka terima sudah selayaknya kerana kedegilan mereka yg mendustakan para RasulNya. Setiap umat ada diutuskan Rasulullah a.s.wslm yang membawa syariat dan hukum2 serta hudud Allah SWT.
Sebaliknya mereka memperlekeh kan undang2 dan syariat Allah SWT. Malah mereka mencabar Rasul supaya mendatangkan bala dari Allah SWT. Sedangkan Rasulullah s.a.w hanyalah manusia yg diutuskan, yg mendatangkan bala dan hukuman hanyalah ALLAH SWT.
Apabila tiba ajal, tidak dapat diicepatkan atau ditangguhkan walau sesaat. Tidak kira siang atau malam.
Apakah sesudah terjadi nya bencana azab baru kamu mahu mempercayainya dan beriman? Sedangkan perbuatan kamu sebelum ini mencabar Allah SWT? Dengan memperolok memperlekeh syariat dan hukum2 Allah SWT? !!
Rasa kan lah seksaan Allah SWT yg kekal kpd mereka yg zalim. Kamu tidak diberi balasan melainkan yg sesuai dgn apa yg telah mereka lakukan ( lantaran perbuatan sombong angkuh meninggi diri).
Sesungguhnya azab Allah SWT itu adalah benar dan tiada seorang yg lepas dari perhatian Allah SWT.
Rabu, 18 Disember 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan