Sabtu, 28 Disember 2013

Sebaran Palsu; GANTI Akan Lapor Polis

10:32 PTG

Assalamualaikum Wrt Wb.
Flashmob anjuran GANTI akan berlangsung pukul 5 ptg berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 31hb Disember 2013 sebagai solidariti dgn Himpunan Tahun Sengsara Rakyat 2014 yg akan berlangsung di Kuala Lumpur sebagai ekspresi bantahan rakyat terhadap siri kenaikan kos hidup rakyat.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, kami mula menerima laporan penemuan beberapa keping risalah yg diedarkan pihak yg tak dikenali dgn menggunakan nama GANTI berhubung program ini yg kami dapati langsung tidak selari dgn falsafah perjuangan GANTI.
Ini termasuklah penggunaan imej-imej topeng vendetta yang tak kami kenali, dan lebih dikesali penggunaan slogan “Jom Guling Kerajaan” yang amat tidak selari dengan prinsip kami mendokong perlembagaan negara.
Satu laporan polis InsyaAllah akan dibuat berhubung sebaran palsu bertujuan mendatangkan fitnah ini terhadap GANTI.
Dengan itu kami umumkan juga GANTI akan mengambil teladan dan menjadikan ikon Allahyarham Tok Ku Paloh atau Haji Abdul Rahman Limbong sebagai ikon perjuangan agama, keadilan dan pembelaan terhadap rakyat khususnya di Negeri Terengganu Darul Iman yg sama sama kita kasihi.
Sekian dgn hormatnya dan Terima kasih.
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI Mendokong Perjuangan Rakyat.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top