Rabu, 11 Disember 2013

Calvert RM700k Tidak Mampu Selesai Masalah Banjir.

5:00 PTG

Oleh : Dr Azman Ibrahim

SETIU‬- Banjir yang melanda Kampung Nyatoh,Permaisuri semenjak 4 tahun lepas ekoran pembinaan Projek Udang i-SHARP masih menjadi igauan penduduk setempat setiap kali musim tengkujuh menjelang.

Calvert RM700k Tidak Mampu Selesai Masalah Banjir!-Dr Azman Ibrahim ##SETIU- Banjir yang melanda Kampung Nyatoh,Permaisuri semenjak 4 tahun lepas ekoran pembinaan Projek Udang i-SHARP masih menjadi
igauan penduduk setempat setiap kali musim tengkujuh
menjelang.Walaupun rintihan penduduk sering dinafikan pihak pengurusan projek udang i-SHARP dengan pelbagai alasan
yang kedengaran
memperlekehkan suara hati masyarakat, tapi itulah
hakikatnya yang berlaku. Rata-tata penduduk Kampung
Nyatoh telah bermastautin di
situ semenjak lebih 30 tahun
yang lalu. Tak ada orang luar
yang boleh dengan mudah
nak kelenton mereka. Pasang surut air Sungai Penarik sudah
mereka hafal. Mereka boleh
jangka bila tengkujuh
bertandang setiap tahun. Semuanya dipelajari dari
pengalaman. Bila ada orang
luar yang mari bercakap
secara lepas tangan, “banjir
akan berlaku di mana-mana
bila sampai waktunya, tak buat kolam udang pun akan
banjir jugak!” Tentu sekali orang kampung
melihat bahawa ungkapan ini
berbaur kesombongan dan
perlecehan. Yang menanggung
akibat adalah mereka. Yang
mendapat untung adalah pemaju udang. Untuk kesekian kalinya kita
ulangi bahawa punca banjir
yang luar biasa ini, selain ianya
dari kesan tambakan
kawasan paya Kampung
Nyatoh yang selama ini menjadi tempat takungan
banjir, jalan masuk ke
kawasan projek udang yang
ditambak tinggi juga turut
bertindak sebagai benteng
empangan yang menghalang pengaliran air banjir ke Sungai
Penarik. Kita tidak menafikan
keperluan jalan masuk ke
kawasan projek udang
tersebut ditambak tinggi
untuk mengelakkannya
ditenggelami air sebagaimana juga hasil pembinaan jalan
baru Penarik-Permaisuri yang
melalui Kampung Nyatoh
telah menyelesaikan masalah
terputus hubungan dimusim
banjir yang selalu berlaku. Cuma pihak i-BANTAH ada
mengemukakan cadangan
bagaimana langkah yang
perlu diambil supaya Jalan
Penarik-Permaisuri dan jalan
masuk ke kawasan projek udang tersebut tidak menjadi
benteng yang menghalang
aliran air banjir ke Sungai
Penarik. Kita menyedari bahawa laluan
air yang sedia ada dalam
bentuk calvert atau kalbot
mengikut istilah penduduk
setempat sangat tidak
memadai. Sebab itu kita mencadangkan supaya jalan
tersebut dibelah dan dibina
jambatan yang tentunya akan
melancarkan terus aliran air
ke sungai. Setelah masuk tahun keempat
isu ini diperjuangkan i-
BANTAH, kira-kira lebih
sebulan yang lepas, saya mula
merasa sedap hati bila melihat
Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatoh dibelah
serta lencongan dibina utuk
sementara. Hati saya berkata,
syukur kepada Allah.
Akhirnya akan dibina
jambatan di sini. Masalah orang Kampung Nyatoh setiap
kali musim banjir akan
mampu diminimakan. Rupa-rupanya yang dibina
bukan jambatan, tetapi
kalbot! Saiznya ada besar sikit
tetapi ianya kalbot bukannya
jambatan! Masyarakat sekitar
yang merisik khabar dari kontraktor yang sedang
melaksanakan kerja tersebut
mendapat khabar yang sangat
menghairankan. Kalbot
tersebut berharga RM700 ribu!
Saya tulis berdasarkan maklumat orang kampung,
kalau tak betul pihak
berkenaan tolong
perbetulkan! Sebagaimana biasa, musim
banjir ini, Kampung Nyatoh
kami kunjungi untuk
menyantuni mereka yang
ditimpa musibah. Mereka
masih lagi berdepan dengan masalah yang sama walaupun
kalbot RM700 telah dibina!

Walaupun rintihan penduduk sering dinafikan pihak pengurusan projek udang i-SHARP dengan pelbagai alasan yang kedengaran memperlekehkan suara hati masyarakat, tapi itulah hakikatnya yang berlaku. Rata-tata penduduk Kampung Nyatoh telah bermastautin di situ semenjak lebih 30 tahun yang lalu. Tak ada orang luar yang boleh dengan mudah nak kelenton mereka.

Pasang surut air Sungai Penarik sudah mereka hafal. Mereka boleh jangka bila tengkujuh bertandang setiap tahun. Semuanya dipelajari dari pengalaman. Bila ada orang luar yang mari bercakap secara lepas tangan, “banjir akan berlaku di mana-mana bila sampai waktunya, tak buat kolam udang pun akan banjir jugak!” Tentu sekali orang kampung melihat bahawa ungkapan ini berbaur kesombongan dan perlecehan. Yang menanggung akibat adalah mereka. Yang mendapat untung adalah pemaju udang.

Untuk kesekian kalinya kita ulangi bahawa punca banjir yang luar biasa ini, selain ianya dari kesan tambakan kawasan paya Kampung Nyatoh yang selama ini menjadi tempat takungan banjir, jalan masuk ke kawasan projek udang yang ditambak tinggi juga turut bertindak sebagai benteng empangan yang menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Penarik.

Kita tidak menafikan keperluan jalan masuk ke kawasan projek udang tersebut ditambak tinggi untuk mengelakkannya ditenggelami air sebagaimana juga hasil pembinaan jalan baru Penarik-Permaisuri yang melalui Kampung Nyatoh telah menyelesaikan masalah terputus hubungan dimusim banjir yang selalu berlaku. Cuma pihak i-BANTAH ada mengemukakan cadangan bagaimana langkah yang perlu diambil supaya Jalan Penarik-Permaisuri dan jalan masuk ke kawasan projek udang tersebut tidak menjadi benteng yang menghalang aliran air banjir ke Sungai Penarik.

Kita menyedari bahawa laluan air yang sedia ada dalam bentuk calvert atau kalbot mengikut istilah penduduk setempat sangat tidak memadai. Sebab itu kita mencadangkan supaya jalan tersebut dibelah dan dibina jambatan yang tentunya akan melancarkan terus aliran air ke sungai.

Setelah masuk tahun keempat isu ini diperjuangkan i- BANTAH, kira-kira lebih sebulan yang lepas, saya mula merasa sedap hati bila melihat Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatoh dibelah serta lencongan dibina utuk sementara. Hati saya berkata, syukur kepada Allah. Akhirnya akan dibina jambatan di sini. Masalah orang Kampung Nyatoh setiap kali musim banjir akan mampu diminimakan.

Rupa-rupanya yang dibina bukan jambatan, tetapi kalbot! Saiznya ada besar sikit tetapi ianya kalbot bukannya jambatan! Masyarakat sekitar yang merisik khabar dari kontraktor yang sedang melaksanakan kerja tersebut mendapat khabar yang sangat menghairankan.

Kalbot tersebut berharga RM700 ribu! Saya tulis berdasarkan maklumat orang kampung, kalau tak betul pihak berkenaan tolong perbetulkan! Sebagaimana biasa, musim banjir ini, Kampung Nyatoh kami kunjungi untuk menyantuni mereka yang ditimpa musibah. Mereka masih lagi berdepan dengan masalah yang sama walaupun kalbot RM700 telah dibina!

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top