Selasa, 24 Disember 2013

Banjir: PAS Kemaman ucap terima kasih kepada semua

4:37 PTG




                                 Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut meninjau keadaan banjir di Kemaman, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu sepanjang operasi banjir, baru-baru ini.

"Alhamdulillah. Banjir yang tidak pernah dirasai setakat ini oleh penduduk Kemaman telah surut. Moga ia tidak berulang (dengan izin Allah).

"Kalau mahu coretkan di sini pelbagai pengalaman tentulah tidak tercoret," ujar Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


GANTI juga sama-sama menyumbang
Katanya, sehingga kenyataan itu dibuat, penduduk masih mengemas dan membersihkan rumah dan membaiki kenderaan akibat banjir besar, sementara premis perniagaan yang terlibat masih juga demikian.

Menurutnya, PAS Kemaman telah mengambil inisiatif pro-aktif termasuk melalui penubuhan ERT (emergency response team) di bawah PAS Kemaman dan penggunaan radio amatur dalam menangani banjir itu.

Katanya lagi, ia amat efisyen tatkala krisis seperti ini. PAS terkehadapan dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini yang mana artikel mengenainya telah keluar dalam Harakah edisi cetak baru-baru ini.

"Mewakili kepimpinan PAS Kemaman, saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu sepanjang operasi banjir ini.

"Mulai dari Presiden, Timbalan, Naib, AJK PAS Pusat, Ketua-Ketua Dewan dan AJKnya, ahli Parlimen dan Dun, Jabatan Amal, staf pejabat Harakah, pelbagai NGO dan orang perseorangan," ujarnya lagi.

Semuanya, kata beliau menyumbangkan samada tenaga, wang ringgit dan lain-lain yang kalaulah PAS Kemaman mahu senaraikan dan membalasnya tidak akan mampu.

"Hanya Allah sahaja yang membalas jasa dan budi baik semua pihak sehingga banyak meringankan beban, bukan sahaja PAS Kemaman tetapi juga penduduk di Kemaman. Sekali lagi jazakumullahulkhair," katanya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top